Ramai yang beranggapan semua produk pembersih adalah selamat tetapi hakikatnya hampir semua produk pembersihan rumah mengandungi bahan kimia toksik yang mencemarkan udara dan sangat berbahaya untuk kesihatan anda.  Untuk memastikan rumah anda lebih selamat ia adalah penting untuk mengurangkan penggunaan produk yang mengandungi bahan merbahaya.

 

Menghilangkan kesan karat di bilik mandi

Anda boleh menghilangkan karat di jubin seramik di dalam bilik mandi dengan menggunakan campuran cuka dan serbuk penaik. Tuangkan campuran ke tempat yang terjejas dan biarkan larutan selama beberapa minit. Bilas dengan air dan lap jubin dengan kain kering.

 

Hilangkan kotoran dan lumpur

Salah satu cara untuk mendapatkan tingkap yang bersih ialah dengan menggunakan campuran air dan ammonia ( satu bahagian ammonia untuk 10 bahagian air). Selepas membersihkan tingkap dengan air campuran tersebut, pastikan anda mengeringkan tingkap kaca dengan teliti dengan kain microfiber atau tuala kertas. Satu cara lain untuk membersihkan tingkap anda adalah dengan menggunakan kentang mentah. Hanya potong kentang kepada dua bahagian dan lapkan pada tingkap anda. Lap dengan kain bersih.

 

Lantai bersinar

Kaedah yang sesuai untuk membersihkan lantai dari material kayu adalah dengan campuran cuka dengan air. Campuran ini dapat membuatkan lantai anda kelihatan bersinar. Hanya campurkan 1/4 cawan cuka ke dalam 1 liter air dan anda boleh menggunakannya sebagai pencuci lantai. Jika lantai anda dari material jubin, gunakan air yang mendidih untuk membersihkannya.

 

Cermin bersinar

Untuk membuat cermin di rumah anda kelihatan bersinar, anda boleh menggunakan campuran air dan ammonia yang digunakan untuk membersihkan tingkap dan campurkan dua sudu besar alkohol ke dalam campuran tersebut.

 

Hilangkan kotoran di permaidani

Taburkan soda penaik dantepung jagung di atas permukaan permaidani dan biarkan ia selama 15 minit. Setelah itu, vakum seperti biasa. Kaedah ini dapat membantu anda membuang kotoran dan menghapuskan bau yang tidak menyenangkan di rumah.

 

Menghilangkan bau busuk

Untuk menghilangkan bau di dalam peti sejuk anda, gunakan campuran jus lemon dan air untuk mencuci peti sejuk anda. Anda boleh menambah soda penaik pada campuran tersebut. Ini akan memudahkan proses menghilangkan kotoran.

 

Bersihkan pintu bilik mandi dan dinding jubin

Salah satu cara untuk menghilangkan kesan air dan cedawan dari jubin dan pintu kaca adalah dengan menggunakan soda penaik atau lemon. Celupkan berus gigi basah ke dalam soda penaik dan gosok grout jubin sehingga bersih. Apabila anda sudah selesai, basuh jubin dengan air bersih. Untuk seminggu sekali, gosok permukaan jubin dan pintu kaca dengan separuh lemon dan biarkan selama10-15 minit, bilas dengan air dan lap sehingga kering.