Ruang tamu merupakan ruang publik yang digunakan bagi melayani tetamu yang bertandang ke rumah. Jadi ruang ini haruslah sentiasa tampil kemas, selesa dan sedap mata memandang. Ruang penstoran merupakan penyelesaian yang terbaik. Jom semak tips ideal idea penstoran di ruang tamu.

1. Storan pelbagai guna. Gunakan penstoran yang boleh diguna untuk menyimpan barang di samping boleh diguna untuk duduk.

2.  Barang - barang sensitif habuk seperti CD dan DVD memerlukan ruang anti habuk. Gunakan almari dengan pintu berkaca bagi mudah dikenal pasti

3. CD dan barang-barang lain juga boleh disimpan di dalam kotak dengan penutup. Anda boleh labelkan kotak tersebut bagi memudahkan pengecaman.

4. Dengan jumlah yang banyak, pastinya anda tercari-cari ruang simpanan kawalan jauh anda.  Ia boleh disimpan pada laci atau rak.

5. Gunakan storan kiub atau unit modular untuk diguna sebagai dinding panel atau rak buku. Anda boleh gunakan bakul atau kotak untuk mengisi barang.

6. Perabot seperti ottoman atau peti boleh digunakan sebagai meja kopi dan juga boleh digunakan bagi tujuan penstoran.

7. Bina tempat duduk pada tingkap atau rak pada kawasan bawah tingkap atau tingkap unjur (bay window).

8. Gunakan ruang bawah meja kopi anda untuk meletak kotak atau bakul bagi barangan anda seperti buku dan majalah.

9. Jika anda ingin menyimpan majalah yang kerap dibaca atau terkini, letakkan ia di bawah meja kopi sisi dan alasi ia dengan kain hiasan bercorak.

10. Gunakan rak atau panel pada ruang dinding yang kosong. Gunakan ia sebagai ruang simpanan dan juga pameran hiasan dekorasi anda.

11. Kotak dekorasi atau beg vintaj boleh digunakan sebagai meja kopi sisi.

12. Untuk tambah ruang menyimpan, anda boleh gunakan konsol televisyen yang dibina bersama rak buku dan laci storan.