Kalau sembang pasal kereta memang masing-masing nak tunjuk handal atas jalan. Individu yang ‘gila kereta’ ini juga tak pernah teragak-agak untuk berbelanja besar semata-mata ingin membuat ubah suai pada kereta, supaya tampil lebih power.

 

Lebih menarik lagi, kalau korang perasan kereta buatan Malaysia pun tak kurang hebatnya bila mana Myvi dah buktikan bahawa ia juga mampu memecut laju di atas jalan raya. Model kereta ini juga digelar sebagai ‘The super car of Malaysia’.

 

Malah, ada di antara pemilik Myvi yang tak cukup puas hati dengan dengan performance kelajuan kereta mereka dan mengubahsuainya mengikut kehendak mereka. Persoalannya di sini, adakah Perodua Myvi benar-benar sesuai untuk diubahsuai menjadi kereta pecut?

 

 

Think twice, bro!

Seorang pengguna di laman sosial, Qasmi Ramli telah pun memberi sedikit pencerahan mengenai isu ini dan menggesa rakyat Malaysia supaya berfikir terlebih dahulu sebelum mengubahsuai performance kereta korang tu.

 

Lelaki ini juga bercakap berdasarkan pengalamannya sendiri kerana pernah diberi upah untuk customkan Myvi advance 1.5. Setelah separuh jalan modifikasi itu terpaksa dihentikan kerana chasis Myvi dilihat tidak sesuai untuk kelebihan 120km/h.

 

Untuk meningkatkan performance kereta tersebut, dia telah memasang Haltech ECU sprint 5000, fuel injector yang lebih besar daripada 240c, Eibach spiring dan Enkei rims berukuran 15 inci.

 

Hasilnya, kereta Myvi tersebut mencapai tahap kelajuan tertinggi 220km/j. Gambar turut disertakan sebagai bukti.

 

 

Berdasarkan situasi ini, kesimpulan yang boleh dibuat adalah sangat mengejutkan. Qasmi berkata, “Myvi bukan kereta yang sesuai untuk modifikasi bagi kelajuan tinggi.”

 

Ini kerana semasa ujian dijalankan, chasis hampir pecah kerana getaran yang melampau.

 

 

Okay, bila dah dengar penjelasan daripada bro ni, masih ada lagi ke yang berani nak modify kereta macam ni?

 

Buat apa nak bawa laju-laju. Lebih-lebih lagi dah nak raya ni. Kalau tak sayang nyawa sendiri, kasihani la pada pengguna jalan raya. Jangan nanti orang yang tak bersalah pula turut menjadi mangsa.

 

 

Pandu selamat jiwa selamat.

 

Sumber: worldofbuzz.com