Jika anda cuba amalkan untuk melakukan tugas-tugas kecil berikut setiap hari, pasti ia akan menjadi kebiasaan lama kelamaan dan anda mungkin tidak perasan yang anda melakukannya. Hanya beberapa minit, beberapa saat sahaja perlu diluangkan, dan kesannya pasti membuat hidup anda lebih sempurna.

1. Tarik dan kemas cadar anda serta biar ia terdedah pada udara sementara anda mandi dan sarapan. Buka tingkap bilik anda, ini akan mengurangkan kelembapan serta debu hama pada cadar serta ruang bilik anda.

 

2. Pastikan dapur sentiasa bersih. Amalkan sikap membasuh pinggan mangkuk selepas makan dan pastikan dapur sentiasa bersih dan kering.

 

3. Tukar kain tuala dapur dan tuala teh setiap hari.

 

4. Vacuum atau mop lantai dapur setiap hari, kerana kotoran dapur amat mudah merebak berbanding ruang lain.

 

5. Pastikan sinki bersih dan tuala tangan sentiasa ditukar baru.

6. Pastikan tandas sentiasa bersih dan cermat.

 

7. Tempatkan semula setiap barang yang di ambil supaya anda tidak kusut untuk mencarinya apabiila hendak menggunanya kelak

8. Jadualkan akiviti basuhan anda: contohnya, sabtu untuk cadar, isnin untuk tuala, selasa untuk fabrik bewarna, Khamis untuk fabrik putih. Angkat basuhan anda sebaik sahaja selesai mencuci untuk proses keringan supaya ia memudahkan anda untuk seterika.