Cara penjagaan dan penyelengaraan menentukan kualiti rumput yang terhasil di laman. nampak rumit kan sebnarnya, kalau ikut betul-betul tak lah sudah. Ni nak raya minggu depan dah boleh putung rumput dan gunakan tip yang disedikan. menjelang raya, laman berumput menghijau dan cantik dipandang

1. Memotong rumput

Memotong rumput dengarnya macam mudah sahaja kan? Tapi ia adalah faktor utama dalam menantukan performance rumput anda. Salah potong, rumput di laman bukan sekadar nampak tak cantik malah ia akan mati. Nak potong rumput pulak, perlu ikut musim. Jika musim panas, rumput perlu di potong pendek sedikit sebab nak jimat keperluan air pada rumput. Ha, sebab tu ada rumah yang berumput, rumputnya tetap menghijau walaupun di musim kemarau. Manakala untuk musim-musim bias, rumput anda perlu di potong 1/3 atau 2-2.5 inci daripada ketinggian asalnya. Barulah rumput di laman nampak cantik dan menggebu. Kalau anak jatuh di laman pun tak mudah luka.

2. Elak memotong terlalu pendek

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, musim kemarau anda perlu potong rumput lebih pendek kan. Tapi jangan lah sampai nampak bahagian rongga atau akar rumput. Jika ia berlakuk, permukaan rumput yang terdedah mudah di hadiri kulay yang akan menyebabkan maslah pada rumput. Bila kulat dah mula membiak, nak pulihkannya makan masa tu. Disamping itu juga, rumput tyang terlalu pendek mendedahkan permukaan tanah dengan cahaya. Secara tidak langsung, ia mengalakkan biji benih rumpai untuk bercambah.

3. Gunakan mata pisau yang tajam

Untuk dapatkan permukaan rumput yang sekata dan cantik, pastikan pisau pemotong yang digunakan sentiasa tajam. Selain itu juga, jika masa potong rumput tu mata pisau nya tumpul, ia akan mengakibatkan kecederaan pada rumput. Bila dah cedera, senanglah pathogen perosak singgah dan bertapa hingga merosakkan rumput di laman anda. SERAMMMM

4. Potong rumput mengikut keperluan

Selain faktor cuaca, memotong rumput juga perlu tengok pada keperluan. Kalau kata anda merancang untuk mengadakan majlis di rumah, rumput perlu dipotong seminggu sebelum. Kalau esok dah nak majlis baru hari ni nak potong, rumput yang menghijau akan kelihatan kekuninggan sebab untuk tumbuh yang baru, bahagian yang dipotong akan ambil masa untuk jana tisu baru.

5. Potong rumput bila kering

Idealnya, potong rumput ketika permukaanya kering. Jika anda potong ketika ia masih basah atau selepas hujan tak lah mendatangkan ancaman kepada rumput, tapi kesannya kurang menarik. Ketika kondisi rumput kering, kesan potonggan anda boleh nampak terus. Tapi kalau basah, ada bahagian-bahagian rumput yang berlonggok mesti tak kena mata pisau anda. Lepas potong, anda akan nampak permukaan yang tidak rata.

6. Potong rumput diawal pagi

Kenapa perlu potong di awal pagi? Sebab iklim masa tu masih nyaman. Jadi, bila potong rumput di awal pagi, ia mampun mencegah kadar kehilangan air pada bahagian daun rumput yang terpotong. Sebaliknya apabila panas. potong rumput di tengah hari akan mengakibatkan bahagian daun yang dipotong akan membebaskan air yang banyak. Silap-silap, sampai ke petang rumput akan mula layu dan mati. Sedehnyeee

7. Potong kemasan sempadan rumput

Untuk pemotongan di kawasan yang berhampiran dengan laluan, jalan atau apa sahaja permukaan yang berturap atau keras, anda perlu potongan lebih pendek iaitu 2”. Nanti barulah sempadanan rumput nampak lebih kemas di samping mampu menampung beban seperti terkena pijak.

8. Potong rumput dengan patern

Elak dari memotong rumput dari arah yang sama. Bila anda memotong rumput dari arah yanag sama, ia akan mengakibatkan tanah di buawah rumput tu mudah padat. Bila dah padat, ia akan mengancam akar rumput. Paling mudah, potong rumput secara zick zack

 

via GIPHY