Semalam sahaja negara kita sudah menggondol lapan emas dalam pelbagai acara. Dan hari ini pemburuan emas diteruskan lagi bagi mengukuhkan kedudukan pertama pingat bagi keseluruhan negara yang bertanding.

Paling dinantikan adalah acara Ekuestrian Polo yang membabitkan penyertaan golongan VVIP. Siapa lagi kalau bukan menteri kita yang ‘Tall, Dark & Handsome’ yang juga Menteri Belia & Sukan, YB Khairy Jamaluddin.

YB KJ mewakili pasukan Malaysia, yang merupakan menteri pertama di rantau ini yang mengambil bahagian dalam sukan dwitahunan itu, akan bermain bersama enam pemain utama polo Malaysia.

Lawan dalam sukan ini salah seorang daripadanya adalah Pengiran Abdul Mateen Bolkiah dari pasukan Brunei. Mewakili pasukannya yang juga turut dianggotai oleh kekandanya, Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah dan dua lagi kerabat diraja Brunei.

Nampaknya hari ini tumpuan kita pastilah terarah pada gaya hebat kedua-dua atlet ini yang pastinya akan mengundang pelbagai aksi menarik yang bakal dipersembahkan di Taman Ekuestrian Putrajaya.

Kedua-duanya mempunyai pesona tersendiri namun berbeza daripada segi latar belakang dan sebagainya.

Kalau YB KJ memang kita sudah tahu dan kenal kepimpinannya dalam membangunkan kementerian di bawah kawalannya.

Tetapi siapakah sebenarnya Pengiran Abdul Mateen yang namanya menjadi sebutan sejak demam Sukan sea ini melanda.

Jom kita lihat kongsi keistimewaan kedua-dua atlet ini yang pastinya menceriakan lagi temasya Sukan Sea kali ini.

Pengiran Abdul Mateen

- Dilahirkan pada 10 Ogos 1991 di Bandar Seri Begawan Brunei.

- Merupakan barisan keenam pemegang takhta kesultanan Brunei.

 

Pacy practices 🏇🏿

A post shared by Mateen (@tmski) on

- Mengikuti Rekrut askar di Royal Military Academy Sandhurst dan menerima pangkat Leftenan. Baru sahaja menamatkan pengajian dalam ijazah jurusan Diplomasi Antarabangsa di SOAS, University Of London.

 

All buckled up for the a.m

A post shared by Mateen (@tmski) on

- Gemar sekali sukan olahraga kerana dengan cara itu beliau menjaga kesihatan tubuhnya dan turut membuatkan dirinya bahagia. Selain sukan badminton dan bola sepak, Pengiran Abdul Mateen juga memang gemar sekali bertinju dan memanggil trainer dari luar untuk latihannya.

 

Last chukka of the 🇬🇧 season

A post shared by Mateen (@tmski) on

- Selain itu beliau juga menceburi sukan lasak terutama sukan polo, boxing, sky diving,  scuba diving dan banyak lagi.

 

Back home with my buddy

A post shared by Mateen (@tmski) on

- Seorang pencinta dan begitu sayangkan haiwan. Antara haiwan kesayangannya adalah kucing.

 

Graduation day. Great to be with the fam again 💛

A post shared by Mateen (@tmski) on

- Aktif di media sosial dan mempunyai pengikut 520K. Beliau juga gemar sekali berswafoto di laman sosialnya ini.

 

With the beast #hawk#redarrows

A post shared by Mateen (@tmski) on

- Sangat menyayangi keluarganya. Banyak gambar-gambar yang dirakam bersama ayah, ibu serta adik beradiknya. Memang beliau seorang yang ‘family man’.

 

Jamming my Sunday away

A post shared by Mateen (@tmski) on

- Satu lagi keistimewaan Pengiran Abdul Mateen ini adalah beliau begitu bijak sekali bergaya. Lagaknya umpama model terkenal. Tampak segak setiap kali menyarung sut dengan senyuman manis terukir di bibir. Terserlah ketampanannya setiap kali gambar diambil yang dimuat turun di laman sosialnya.

YB Khairy Jamaluddin

- Lahir 10 Januari 1976 di Bandar Kuwait.

- Memegang portfolio sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia sejak tahun 2013.

- Menteri pertama menyertai Sukan Sea.

- Beliau juga dianggap sebagai menteri paling sempoi di Malaysia. Pernah memenangi anugerah ‘Wired Celebrity Award’ di Shout! Awards.

- Menantu mantan Perdana Menteri Malaysia, Datukl Seri Abdullah Ahmad Badawi.

- Lulusan Sarjana Muda Falsafah, Politik & Ekonomi dari universiti nombor dua terbaik di dunia iaitu Universiti Oxford di England

- Berkahwin dengan Nori Abdullah pada 3 Oktober 2001 dan dikurniakan 3 cahaya mata lelaki, Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar, Timor Abdullah Jamaluddin Abu Bakar dan Raif Averroes Jamaluddin Abu Bakar. Ketiga-tiganya dipanggil dengan nama gelaran Cougar, Puma & Leo.

- Juga seorang ‘family man’ kerana sering meluangkan masa bersama keluarganya dengan pelbagai aktiviti seperti muzik, berbasikal, badminton bola sepak atau bola keranjang.

-Antara menteri yang stailo dan juga aktif di media sosial dan mempunyai follower di IG, 738K. Ada antara aksi OOTD yang dimuat turun menjadi viral seperti gambar berdiri di tengah jalan ketika hari raya lalu dan aksi sedang balik kerja menaiki MRT. Memang RARE!


KREDIT FOTO: INSTAGRAM PENGIRAN ABDUL MATEEN & YB KJ