LANGKAH-LANGKAH

  1. Buang upholsteri lama dengan berhati-hati untuk mengelakkan setiap kepingannya rosak. Ini penting kerana pola jahitan tersebut akan digunakan untuk menjahit upholsteri baru. Selain span, getah pelapik juga akan dipasang baru andai yang lama sudah tidak rosak.
  2. Semburkan rangka perabot dengan anti serangga perosak sebagai langkah rawatan. Setelah kering, lekatkan span baru pada rangka kerusi menggunakan pengokot. Kemudian balutkan dengan lapisan fabrik tipis seperti poliester bagi memberikan lapisan perlindungan ekstra pada upholsteri.
  3. Seterusnya jahit kepingan fabrik upholsteri baru mengikut pola lama.
  4. Pasang pada kerusi dengan cermat menggunakan pengokot.
  5. Jahit tangan pada bahagianbahagian yang sukar dan berlekuk.
  6. Setelah selesai memasang upholsteri pada badan kerusi, tampalkan bahagian bawahnya dengan kain menggunakan pengokot. Potong bahagian kain yang berlebihan.
  7. Tebuk lubang pada bahagian bawah kerusi bagi tujuan memasang kaki.