
Kemajuan dalam kajian sains telah membuktikan kebenaran dan kehebatan perubatan kenabian, khususnya Habbatus Sauda.
Jintan hitam (Nigella sativa Linn) atau Habbatus Sauda adalah rempah-ratus yang digunakan sebagai tanaman ubat. Rempah ini berbentuk butiran biji berwarna hitam yang telah dikenal ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh masyarakat India, Pakistan, dan Timur Tengah untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Jenis tanaman ini telah disebut- sebut sebagai tanaman herba dan ubat dalam perkembangan awal agama Islam.
Habbatus Sauda banyak dikenal dengan pelbagai nama, antaranya black seed, black caraway, natura seed, jintan hitam, black cumin, nigella sativa, kaluduru, dan lain-lain. Ia digunakan sebagai herbal perubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masihi dan tercatat dalam banyak literatur kuno mengenai ahli perubatan terdahulu seperti Ibnu Sina (980-1037 M), dan Al-Biruni (973-1048 M), Al-Antiki, Ibnu Qayyim dan Al-Baghdadi. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negaranegara Asia Tenggara. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika Utara terutama Mesir, di selatan Eropah, di Syria dan di Asia Tengah seperti Iran dan India.
Bagi iklim yang sesuai, ia sangat senang ditanam di laman rumah atau di tepi-tepi jalan. Habbatus Sauda ini walaupun pohonnya kecil sahaja namun mempunyai manfaat yang besar kepada manusia. Ia tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter (separas betis sahaja) dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter. Jarak antara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter dan bercabang di atas. Habbatus Sauda dianggap sebagai phytotherapeutic (herba perawatan / perubatan). Walau bagaimanapun bukan semua jenis spesies boleh digunakan untuk perubatan.
Tumbuh di Tanah Kontang
Salah satu dari kehebatan Habbatus Sauda adalah ia tumbuh di kawasan tanah yang kering dan kontang. Ia hanya memerlukan sedikit air untuk tumbuh. Namun, dari tanah yang kering inilah Allah SWT menumbuhkan tumbuhan Habbatus Sauda yang sangat besar khasiat dan manfaatnya kepada manusia.
Ketahui dengan lebih mendalam Kehebatan Habbatussauda
dalam Majalah i keluaran Sept 2010
|