Laman web RASA berwajah baru!



TUMPUAN UTAMA
PELITA ILMU
IQRA'
JENDELA KELUARGA

 

>



Penculikan Saintis Nuklear Iran

 


Saintis Iran yang hilang sejak tahun 2009 muncul di kedutaan Pakistan di Washington. Agen Perisikan Amerika menggunakan program ‘brain drain’ untuk memujuk tawanan berkongsi maklumat. Bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini, Taheran, lelaki bertubuh tegap, besar dan tinggi itu diraikan dengan penuh kemasyhuran. Kepulangannya, disambut mesra oleh Timbalan Menteri Luar Iran, Hassan Qashqavi.

Nama lengkap lelaki yang dimaksudkan itu adalah Shahram Amiri. Di ruang tamu Lapangan Terbang Antarabangsa, isteri tercinta berserta puteranya yang baru berusia tujuh tahun setia menanti kepulangannya. Sambil memangku anaknya ketika itu, Amiri, 32 tahun, mengakui dia sebenarnya telah menjadi korban penculikan agen rahsia Amerika (CIA) dan Israel (Mossad). “Penculikan ini merupakan sesuatu yang memalukan buat Amerika. Selama 14 bulan saya diberi tekanan secara psikologi dan dikawal ketat oleh pasukan bersenjata,” ujar Amiri. “Akan saya khabarkan kepada semua tentang rancangan mereka, termasuklah menggunakan media untuk menyatakan saya berkongsi maklumat dengan Amerika,” tambah Amiri, media yang dimaksudkan adalah CNN. Sejak minggu pertama dia berada di Amerika, khabarnya, CNN telah dijanjikan oleh agen perisikan untuk mewawancaranya selama sepuluh minit dengan harga US$ 10 juta.

Awal bulan lalu, Amiri tiba-tiba muncul di Kedutaan Besar Pakistan di Washington meminta perlindungan dan bantuan untuk kembali ke Iran. Sebelum ini, sepanjang 14 bulan itu, Amerika mendiamkan diri atas tuduhan kerajaan Iran soal penculikan Amiri. Terbaharu, pada awal minggu lalu, agen risikan rahsia CIA dan Kementerian Luar Amerika telah menyatakan bantahan terhadap media massa. “Dia datang secara sukarela ke Amerika, tiada sebarang unsur paksaan,” ujar salah seorang penjawat tinggi di kementerian itu. Sementara itu, Hillary Clinton, Setiausaha Negara Amerika Syarikat juga, turut menyatakan hal yang sama, “Dia bebas ke mana pun selama dia berada di Amerika.”

Saintis Nuklear

Kebanyakan sumber yang tidak mahu dikenali di Pejabat Perisikan Amerika mengatakan bahawa Amiri dianggap penting kerana menjadi saintis nuklear di Universiti Malek Ashtar, Teheran. Universiti ini dibina oleh Pengawal Revolusi, agensi tinggi Iran yang dibentuk untuk menjaga nilai-nilai Revolusi Iran 1979. Kepakaran Amiri dalam bidang kejuruteraan radio isotop menjadi kunci utama buat Amerika untuk membuktikan bahawa Iran sedang mengembangkan teknologi pembuatan senjata nuklear dan bom atom. Kebetulan ketika itu, Amiri merupakan seorang saintis yang bekerja di Badan Tenaga Atom Iran. Sejak pertengahan tahun lalu, satelit milik Amerika sudah merakamkan aktiviti di pusat pengayaan uranium di bandar Qum sebagai aktiviti pengayaan uranium untuk menghasilkan senjata nuklear. Namun sehingga kini, masih belum terdapat bukti kukuh tentang projek ini.



Selanjutnya di dalam Majalah i keluaran Sept 2010.






Hakcipta Terpelihara © Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd