Arya jadi ‘alarm’ kejut Sasha & Salyo bangun sahur
 |
 |
Berbanding zaman kegemilangan ketika menganggotai kumpulan Elite, publisiti mengenai diri mantan anggotanya, Sasha Mohamad Saidin yang juga pernah dikenali ramai menerusi lagu G.I.G, Trauma dan Tamparan Wanita ini agak sepi. Sementelahan setelah anggotanya masing-masing membawa haluan sendiri.
Namun, kemunculan semula bersama suaminya Salyo Priyanto Notosoemarsona, dalam Sehati Berdansa 2 di Astro Ria seketika dulu membuatkan nama Sasha meniti di bibir peminatnya.
Sekalipun tidak seaktif dulu, namun, dalam diam Sasha masih lagi bergiat dalam bidang seni. Sementelahan sudah dikurniakan cahaya mata, Adam Aryasenna, kebanyakan masa banyak diluangkan buat putera sulungnya itu. Kehadiran Ramadan kali ini bukan sahaja dinantikan, malahan memberi makna tersendiri buat Sasha dan Salyo kerana selain meraikannya bertiga, Adam Aryasenna yang mesra dipanggil Arya juga bertindak sebagai ‘alarm’ yang mengejutkan mereka berdua bangun sahur.
“Seawal 8.30 malam, Arya sudah masuk tidur. Selalunya, Arya jarang terjaga tengah malam. Sebaliknya, Arya akan bangun waktu subuh. Jadi, bulan puasa kali ini, kami berdua tidak perlu risau lagi kalau terlelap kerana Arya yang akan tolong kejutkan kami bangun sahur. Tidak perlu susah-susah nak set jam loceng lagi. “Tahun-tahun sebelum ini, saya dan Salyo lebih selesa makan lewat malam. Jadi kami tidak perlu lagi bangun sahur lagi esoknya. Tahun ini merupakan tahun ketiga saya berpuasa sebagai isteri dan tahun pertama sebagai ibu maka agak berbezalah. Saya dan Salyo ambil keputusan untuk sama-sama bangun sahur kali ini bersama Arya,” ujar Sasha berseloroh.
Kebiasaannya, Salyo tidak cerewet dalam memilih makanan. Keadaan itu berterusan biar pun Ramadan menjelang. Sasha bertuah apabila suami tercinta turut berkongsi makanan kegemaran yang sama iaitu ikan pari bakar. Jelasnya, setiap hari seawal 4 petang, mereka berdua akan keluar ke bazar untuk membeli ikan pari bakar kegemaran mereka di Taman Melawati. Perkara ini berpanjangan hingga ke hari terakhir Ramadan. Menurut Sasha, seperti tahun-tahun lepas dia dan Salyo akan berbuka puasa di rumah ibu, bapanya memandangkan jarak rumah mereka tidaklah jauh. Suasana berbuka itulah yang dirindu Sasha setiap kali menjelangnya Ramadan. Kuih-muih, roti jala dan martabak sememangnya menu wajib di atas meja setiap kali berbuka. Selebihnya, dia dan ibunya akan memasak menu ringkas untuk berbuka.
Beraya di dua negara
Bergotong royong menyiapkan ketupat, rendang dan serunding sebagai juadah di pagi raya adalah kelaziman bagi keluarga Sasha. Saban tahun, Sasha bersama ahli keluarganya yang lain akan bergotong-royong di kampung bapanya untuk membuat persiapan raya. “Bapa Sasha sebenarnya berasal daripada keturunan Minang. Jadi mereka masih mengekalkan cara kampung dalam membuat persiapan raya. Sejak Sasha kecil, kami sudah terbiasa dengan acara gotongroyong seperti ini. Sasha sendiri akan turun padang memerah santan beramai-ramai bersama saudara-mara yang lain.
Selanjutnya dapatkan majalah SERI DEWI & KELUARGA Julai 2010 di pasaran!
|