|
|
Jamilah pernah berhasrat ‘lari’ tinggalkan lapan anak
“Memang agak memeritkan. Dalam tempoh dua minggu selepas arwah meninggal dunia, akak memang benar-benar lemah dan hilang semangat. Pernah akak rasa nak lari tinggalkan anak-anak, duduk di pondok. Rasa nak marah, tapi nak marahkan siapa?,” ucap Jamilah Zainol, 45 tahun, yang lebih mesra membahasakan dirinya Akak (kakak) memulakan bicara yang sesekali disulami suasana sayu. Akuinya lagi, semua perasaan bercampur-baur. Pemergian suami, Anuar Johari pada usia 46 tahun secara tiba-tiba 9 Ogos 2009 itu benar-benar sukar diterima dirinya dan juga anakanak; Siti Nurhidayah, 22 tahun, Mohd Alif Fitri, 21 tahun, Amirul Mustakim, 19 tahun, Norlaila, 13 tahun, Norsyazwana, Norsyazwani, 11 tahun, Norsyazliana, 8 tahun dan Mohd Aizat, 6 tahun.
|
“Selagi mampu, akak
akan cari duit dengan apa daya sekalipun.” – Jamilah.
Alasan mahu ‘lari’ untuk menyendiri yang diluahkan, disambut kata-kata dari salah seorang saudara; “Ingat dengan lari, konon nak beribadah, Tuhan terima semuanya, sedangkan di belakang ada lapan orang yang sepatutnya di bawah tanggungjawab, hang tinggalkan. Hang pergi berzikir tak henti, anak-anak tunggang-langgang, jadi ‘hantu’, tak terfikir?” mengejutkannya dari terus melayan kata hatinya. Lebih menyentap hatinya apabila adik perempuannya, Norrizan menasihati. “Anak-anak akak dah sah yatim, jangan piatukan mereka.” Namun, sesuatu yang benar-benar menyedar dan mengembalikan semangatnya apabila bermimpi arwah suaminya itu.
“Setelah dua minggu arwah pergi, akak mimpikan arwah. Saat itu, di tengah-tengah anak-anak yang bergelimpangan tidur, dengan surah Yaasin masih ada di atas dada akak, arwah datang dengan pandangan sayu dan sedih tanpa sebarang kata. Akak terus meluru dan memeluknya sambil berkata; abang pergilah. Mila reda. Abang bersemadilah dengan aman. Itu yang akak ucapkan kepadanya sebelum dia melangkah pergi sambil tersenyum memandang akak dan anak-anak,” imbas Jamilah sambil mengesat air mata yang sejak awal cuba ditahan dari terus merembes keluar.
Jual kerepek & nasi lemak
“Sejak itu, akak terus pandang ke depan. Akak bincang dengan adik akak,Norrizan, bawa adik akak sekeluarga pindah dekat rumah akak ini. Akak beli mesin buat kerepek, akak mulakan usaha. Kalau nak harapkan bantuan semata-mata, memang takkan ke mana. Akak usahakan untuk ikuti kursus dan bengkel sehari yang boleh akak jadikan panduan. Akak gunakan sepenuhnya wang arwah yang ada dalam simpanan selama ini untuk memulakan usaha itu. Bagi akak, wang arwah yang akak gunakan itu umpama pertukaran nyawa arwah untuk akak bangkit kembali. Akak kena berusaha. Akak tak boleh harapkan semua wang bantuan dan simpanan yang ada semata-mata kerana itu semua adalah untuk masa depan lapan orang di bawah tanggungan akak sekarang. Akak tak nak habis duit yang ada, anak anak entah ke mana. Akak cuba untuk rolling duit yang ada dan cuba menambahnya,” ceritanya yang kini mengusahakan perniagaan makanan tradisi Mizan Tradisi Food dan juga Kak Milah Urut Tradisional dalam usaha mencari rezeki menampung kehidupannya sekeluarga.
Selain itu, untuk menambah pendapatan, Jamilah juga menjual nasi lemak dengan dibantu anak sulung, Nurhidayah dan adiknya, Norrizan yang juga mesra dipanggil Cik. “Memandangkan Kak Long (Nurhidayah) sudah habis belajar, jadi buat masa ini, Kak Long bantu menjual nasi lemak di pondok pengawal di jalan masuk ke kawasan perumahan ini. Biasanya jam 3 pagi, akak akan ke rumah Cik untuk memasak nasi lemak dan lauk. Sekitar jam 6.30 pagi, Kak Long dan Cik sudah mula berjualan di sana. Itulah saja caranya akak mencari pendapatan Selagi mampu, akak akan cari duit dengan apa daya sekalipun. Akak juga sangat menghargai pengorbanan Cik sekeluarga yang sanggup berkorban semata-mata untuk membantu akak samasama mencari rezeki di sini,” jelasnya sambil turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pengerusi penduduk di sini yang membenarkan akak menggunakan pondok berkenaan untuk berjualan.
Selanjutnya dapatkan majalah SERI DEWI & KELUARGA Julai 2010 di pasaran!
|
Ramadan sunyi tanpa Ustaz
Halizah & anak-anak ziarah kubur ubati rindu
Biarpun agak perit untuk menerima kehilangan seorang insan baik yang dianugerahkan Allah, namun bagi isteri Ustaz Asri, Halizah@Nur Jannah Shahadan, 39 tahun reda dan tabah dengan dugaan-Nya. Beliau kini pasrah meneruskan kehidupan bersama enam orang anak, Mohamad Nasiruddin, 16 tahun, Muhd Fathi, 15 tahun, Atiqah, 13 tahun, Muhd Ilham Firi, 11 tahun, Sofiyyah Munawwarah, 7 tahun dan Hamdi Rabbani, 6 tahun yang dianggap anugerah tidak ternilai ditinggalkan arwah untuk dirinya. Menjelang kedatangan Ramadan ini, beliau serta anak-anak kali pertama menyambutnya tanpa insan yang begitu beerti dalam hidup mereka. Sebagai ibu tunggal, Halizah perlu kuat dan tabah mengharungi detik sukar dalam hidup mereka sekeluarga.
“Sudah hampir setahun Ustaz meninggalkan kita semua termasuk kami sekeluarga. Rasanya seperti baru semalam ia berlaku. Bagi saya memori bersama Ustaz adalah kenangan terindah dalam hidup. Saya bertuah dan berpeluang dapat berkongsi hidup dengannya biarpun hanya untuk seketika. Bagi saya Ustaz adalah anugerah paling bermakna yang Allah berikan pada saya selain anak-anak. Malah akhlak baik yang ditunjukkan Ustaz semasa hayatnya menjadi pegangan buat kami sekeluarga.
Ceburi bidang perniagaan
“Setelah berfikir masak-masak saya ambil keputusan untuk berniaga secara serius sebagai pemborong tudung sekolah. Kalau dulu hanya dilakukan di rumah tetapi kini menyewa sebuah kedai berhampiran rumah. Sebenarnya saya ambil keputusan untuk berniaga ini pun disebabkan tidak mahu melayan perasaan di rumah. Jika tidak saya akan rasa sedih dan teringat kenangan ketika bersama arwahnya. Oleh sebab itu saya sibukkan diri dengan berniaga dan secara tidak langsung tidak begitu terbawa-bawa kenangan bersamanya.
Sukar ke mana-mana tanpa suami
“Bagi saya itu adalah tanggung jawab pada arwah walaupun beliau sudah tidak ada. Malah akhlak serta kebaikan yang ditinggalkan oleh arwah kepada kami tiada galang gantinya. Saya sering mengimbas kembali setiap kebaikan yang dipamerkan oleh arwah dan dijadikan panduan hidup. Akhlaknya yang baik seperti sabar dalam apa jua keadaan, tidak tinggal solat dan seorang yang penyayang. Seperti saya anak-anak juga kuat menghadapi kenyataan bahawa arwah sudah tiada.
Selanjutnya dapatkan majalah SERI DEWI & KELUARGA Julai 2010 di pasaran!
|
|
|
|
|
|