Menurut Pengurus Produk, Carian Perusahaan Google, Cyrus Mistry, aplikasi ini membenarkan carian berbilion
dokumen lebih mudah, boleh ditetapkan, sekuriti dan arkitektur berkuasa GB-9009. Google Inc bersama pengedar tempatan
ECS Pericomp melancarkan Peralatan Carian Google terbaru GSA 6.0 di Malaysia menampilkan keputusan carian perusahaan bagi
dokumen berskala besar.
Pelbagai ancaman siber (khasnya virus dan spyware) akan sentiasa membayangi sistem operasi (OS) Windows, tidak terkecuali
Windows 7 yang baru di pasaran. Menyedari hakikat ini Microsoft turut terpanggil untuk mencipta perisian keselamatannya
sendiri. Ini termasuklah perisian Microsoft Security Essentials 1.0 yang diberikan percuma.irektori fail yang dihasilkan.
>> Seterusnya
\\ Multimedia
CSI : DEADLY INTENT
Rasakan ketakutan menyelinap ke dalam diri anda. Anda sedang meneroka babak-babak jenayah, meneliti tubuh mangsa, atau
menuruti pelbagai versi cerita. CSI: Deadly Intent mempunyai pengalaman yang mendalam dihasilkan penulis siri CSI. Ia
mempunyai enjin yang menghasilkan grafik yang lebih realisitik, termasuk efek-efek pencahayaan lebih baik, dan pembawaan
watak lebih baik di samping pergerakan bibir dengan suara dari aktor-aktor tertentu.
Tidak perlu menunggu 2010 sekali pun, banyak syarikat telah mula memperkenalkan teknologi baru pada rangkaian produk
mereka. Teknologi-teknologi ini menjadi penggerak kepada peningkatan, penambahbaikan dan tentunya dijadikan kelebihan
sesuatu tawaran produk berbanding yang lain. Kita sebagai penguna pula akan dapat menikmati kemajuan teknologi yang akan
mengubah cara kita menjalani kehidupan dan tentunya seiring dengan arus kemodenan.
>> Seterusnya
\\ Fokus
Microsoft Windows Phone
Lebih 30 pilihan telefon bimbit dilengkapi sistem operasi Windows Mobile terkini.
Microsoft baru-baru ini mengumumkan keterdapatan Windows Phone, di mana Microsoft dengan usahasama pengeluar telefon
bimbit terkemuka dunia akan menawarkan lebih 30 telefon Windows baru di 20 negara sebelum penghujung 2009. Telefon terbaru
ini (Windows Phone) akan dilengkapi sistem operasi terkini Windows Mobile 6.5 dan beberapa ciri tambahan lain yang
memudahkan pengguna menguruskan kerja dan urusan peribadi secara kawalan di hujung jari.
>> Seterusnya