Laman web RASA berwajah baru!
Muka Depan
Cantik & sihat
Kerjaya
Kekeluargaan
Kekeluargaan
Promosi

NUR's Facebook Page
 

Tiga wanita berbeza cerita


Menjadikan tiga wanita ini sebagai penghias muka depan pada  bulan ini membuatkan kami di redaksi Nur amat teruja. Sudah lama  mereka tidak menghiasi majalah kerana lebih selesa bersikap ‘low profile’.

Ketiga-tiga mereka punya kisah tersendiri yang boleh kita kongsi bersama. Liza Hanim atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abd Halim yang bersuara lunak merdu dan Safura Ya’cob yang lakonannya sering terkesan di hati kini selesa dengan penampilan bertudung. Gaya hidup mereka agak berbeza berbanding dahulu kerana di hati terpasak niat tersendiri. Sementara bekas anggota kumpulan nasyid Huda iaitu Norraha Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Raha yang juga isteri kedua kepada pelawak dan penyampai radio popular Salleh Yaacob agak terbuka bila diajak berbicara tentang sambutan Aidilfitri dalam kehidupan bermadu. Sudah tentu semua ini menarik bukan?

“Lebih tenang dan yakin” - Safura Yaacob

Penyanyi yang popular dengan lagu Sedalam Mana Cintamu menaikkan nama beliau di awal kemunculannya dalam industri hiburan tanah air. Di saat itu namanya semakin dikenali malah dengan suaranya yang unik itu banyak lagu yang dinyanyikan oleh Safura sentiasa kedengaran di radio mahupun di televisyen.

Seorang yang bijak dalam mengatur kisah personalnya, namun Safura juga tidak terlepas dari kegagalan dalam kehidupan peribadinya. Namun itu semua menjadi sejarah buatnya dan segala cerita lama sudah lama terpadam di kotak ingatannya.  “Yang lepas biarlah lepas apa yang penting saya bahagia dengan kehidupan kini di samping suami dan anak-anak yang sedang membesar.” Ujarnya dengan senyuman manis.  Meniti kehidupan bahagia dengan keluarga membuatkan Safura merasakan beliau kini memiliki apa yang diimpikan selama ini. Ditambah pula dengan penampilan terbaru yang berimej Muslimah membuatkan jiwa Safura semakin tenang. Berkongsi cerita tentang imej terbaru membuatkan ada riak serba salah di wajahnya, namun dengan rendah diri Safura berkongsi cerita demi peminat tersayang.

“Suami minta saya istiqamah”- Liza Hanim

Pertama kali tampil dalam satu program televisyen dengan imej bertudung ramai yang terkejut, malah semenjak dari situ dia menjadi perhatian. Baginya bukan publisiti besar-besaran yang diinginkan, namun perubahan itu lahir daripada niat dan hati yang ikhlas. Nama penyanyi berlesung pipit ini pernah gah satu ketika dulu tetapi agak menyepi selepas bergelar isteri dan seterusnya ibu. Melihat imej terbarunya kini, banyak pihak yang gembira dengan perubahannya itu.


“Sebenarnya saya sudah lama memasang niat untuk bertudung. Ketika awal berkahwin dulu pun saya sudah suarakannya kepada suami. Tetapi ketika itu suami minta saya fikir semasak-masaknya, kerana dia khuatir jika saya buka tudung kembali.  Namun niat itu tidak pernah padam sehinggalah dua tahun yang lalu, saya kerap membeli tudung, dan menyimpannya. Tapi pada suatu hari selepas saya bangun daripada tidur, saya terus nekad mengenakan tudung. Suami menyokong perubahan tersebut, namun meminta saya istiqamah dan biarlah ia berkekalan. Malah keluarga juga gembira dengan perubahan tersebut.” Jelas ibu kepada Marsya Qistina , 7, dan Marissa Qaireen, setahun lebih ini.

18 tahun hidup bermadu, Raha akui ada manisnya

Mendengar kisah Salleh Yaacob menjalani kehidupan berpoligami bersama tiga orang isterinya mencetus pelbagai reaksi masyarakat. Malah, ramai yang ingin tahu apa rahsia Salleh mengekalkan keharmonian rumah tangganya. Bagaimana cara dia melayan isteri-isterinya dan bagaimana pula hubungan di antara isteri-isterinya? Pendek kata ramai yang hendak tahu, ilmu apa yang dipakai?


Kala soalan ini diajukan kepada Raha, wanita ini tersenyum menampakkan lesung pipitnya sambil berkata, “Sebenarnya tidak ada apa yang hendak dikongsikan. Kehidupan saya seperti biasa, sama seperti orang lain. Menguruskan anak-anak dan pada masa yang sama saya ada melakukan bisnes secara kecil-kecilan. Buat masa ini saya sedang merancang untuk membuka kedai langsir. Insya-Allah dalam masa terdekat ini akan terlaksana,” ujar wanita berusia 41 tahun ini tetapi kelihatan begitu awet muda.  Kata orang hidup bermadu pahit tidak semanis namanya? Penulis cuba meminta Raha untuk berkongsi pengalamannya dengan Muslimah di luar sana berkaitan hal ini walaupun ia kedengaran agak peribadi. Sekurang-kurangnya biar ramai yang tahu kehidupan bermadu ini ada manisnya.

Selanjutnya dapatkan majalah NUR SEPTEMBER 2010 di pasaran sekarang!

 

Pencarian Cover girl nur - SAFI RANIA

Anda Muslimah berkerjaya yang aktif,yakin dan anggun, berusia antara 25-35 tahun?
Sertai Pencarian Cover Girl Nur musim baru 08/09. Borang penyertaan boleh didapati dalam NUR edisi terkini.

Fokus
Ubati Kesunyian Dengan Berdakwah

Menurut Ketua Helwa ABIM Selangor, Ustazah Hazlina Abd Razak, ayat di atas jelas menunjukkan bahawa fitrah manusia dalam memenuhi tuntutan biologi mereka adalah dengan...

Seterusnya +