Kualiti fabrik dan motif sulaman pada koleksi jubah dari JubahOnline.com ini nyata berbeza berbanding jubah lain di pasaran kini. Sekilas pandang hati pasti tertarik dengan keunikan motif dan keaslian busana Tanah Arab yang didatangkan khas dari kota Kaherah ini. Potongan yang longgar, warna nan sederhana dan menutup aurat pasti membuatkan para Muslimah kelihatan anggun dan sopan kala menggayakannya. Keselesaan fabrik 100 peratus Egyptian Cotton, Blended Egyptian Cotton, Cotton Satin yang lembut dan sejuk dipakai membuatkan JubahOnline.com tanpa ragu menyarankan buat Muslimah. Lebih menarik, jubah-jubah ini dipilih sediri dengan penuh teliti oleh pemilik JubahOnline demi membawakan yang terbaik khusus untuk Muslimah di Malaysia.