Keletihan menguruskan pelbagai urusan kerja sejak kebelakangan ini membuatkan badan
semakin lemah dan fikiran juga tidak mampu berfungsi seperti biasa. Apa yang anda
perlukan kini adalah urutan yang melegakan. Manjakan sedikit diri anda. Berkunjunglah
ke spa berhampiran, namun ingin penulis cadangkan kepada anda untuk mencuba kelainan perawatan tubuh di FIR Wellness yang terletak di Petaling Jaya. Jejak sahaja kaki ke dalam spa ini, bau haruman yang memenuhi segenap ruang menyambut kedatangan penulis dan jurugambar. Lilin yang terpasang dalam spa sememangnya memberi ketenangan kepada sesiapa sahaja yang datang ke sini. Spa ini mungkin kecil, namun cukup untuk memanjakan setiap
pengunjung yang mendambakan belaian mesra pada tubuh.