Muka Depan
Team e-@siswa
Langganan
Pengiklanan
Maklumbalas
[Fokus] [Kerjaya Pilihan] [Tokoh Ilmuwan] [Panduan @ Siswa] [Siswa]
Isu: 30 | Ogos 09




Salam E@Siswa
 
 

NORDIANA AHMAD NAWAWI
Gigih Memacu Kecemerlangan Diri

Esiswa

Sesetengah pelajar beranggapan kecemerlangan ialah memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan. Anggapan ini tidak salah, namun bagi Nordiana Ahmad Nawawi, penerima Anugerah High Achiever BRAND’S, beliau memiliki perspektif lebih besar tentang makna kecemerlangan. Baginya, kecemerlangan perlu dilihat dari skop yang luas. “Ramai pelajar cemerlang, tetapi hanya dalam satu bidang; sama ada akademik atau kokurikulum. Saya memegang konsep cemerlang secara holistik dan inilah yang saya usahakan,” bicara awal gadis pintar ini.

 

Melindungi Haiwan Liar

  IBU ZAIN
Pelopor Kebangkitan Pendidikan Wanita
Esiswa
Perdagangan haiwan terancam ini dilaporkan banyak dikesan di negara ini. Walaupun kemujarabannya sukar dibuktikan, tetapi kepercayaan lama itu telah menyebabkan haiwan eksotik yang dilindungi undang-undang ini terus mempunyai permintaan semakin tinggi di pasaran. Yang pastinya, apabila perdagangan hidupan liar ini berleluasa atau jika pelanggan kian bertambah, secara tidak langsung menjadi penanda aras kepupusan haiwan-haiwan itu. Lantaran itu, usahausaha melindungi haiwan liar di negara ini memerlukan tindakan yang benar-benar serius daripada semua pihak.
 

Esiswa
Semangat perjuangannya memartabatkan pendidikan terutama dalam kalangan wanita cukup luar biasa. Medan politik dijadikan platform melancarkan idea dan tindakan bagi meraih kemerdekaan. Biarpun Allahyarhamah telah pergi meninggalkan kita, jasa bakti yang ditinggalkan kekal diingati hingga kini. Kami bawakan kisah perjuangan Ibu Zain atau nama sebenarnya Tan Sri Zainun Munsyi Sulaiman.