 |
|
Tajuk
: |
Edisi Khas Aidilfitri Mingguan Wanita
|
Penyelaras/Editor
: |
Nuri Supian
|
Tarikh
Keluaran: |
Ogos 2008 |
|
Status
: |
Ada di pasaran |
Pembantu
: |
Editorial MW |
|
|
|
|
|
Bukan mudah untuk menggandingkan tiga selebriti popular yang mempunyai peminat tersendiri. Pun begitu, berkat
kesabaran hasrat MW untuk menyatukan Puan Sri Ziela, Datin Norjuma dan Erra Fazira sebagai penghias depan Edisi
Khas Aidilfitri ini, akhirnya menjadi kenyataan.
Bertempat di kediaman Puan Sri Ziela, fotografi berlangsung dalam suasana meriah tidak ubah seperti hari raya. Apa
tidaknya, sedari awal lagi Puan Sri Ziela sudah menempah pelbagai juadah raya untuk kami nikmati.
Walaupun pertama kali berkumpul bersama, Ziela, Juma dan Erra cepat mesra dan serasi. Erra yang paling suka menyakat
pada petang itu. Gelagat Erra yang seakan-akan merajuk kerana dia seorang sahaja tidak dipanggil 'datin' membuatkan
semua yang berada di situ ketawa besar.
Banyak lagi yang ingin dikongsi bersama di dalam edisi ini. Turut dimuatkan, Yang Berbahagia Datin Paduka Marina binti
Tun Dr. Mahathir berkongsi kisah raya beliau sekeluarga, kisah jutawan-jutawan muda dan selebriti popular seperti Linda Onn dan Chef Wan berhari raya, 100++ fesyen terbaru
untuk lebaran, 130 resipi pilihan dan banyak lagi. Jangan ketinggalan dapatkan edisi ini di pasaran sekarang!
|
|
|
 |
|
|
 |
|
Tajuk
: |
Citarasa Selebriti Sheila Rusly Edisi 3
|
Penyelaras/Editor
: |
Intan Zabidin
|
Tarikh
Keluaran: |
April 2008 |
|
Status
: |
Ada di pasaran |
Pembantu
: |
Siti Arfah Abdul |
|
|
|
|
|
Belum sampai setahun buku Citarasa Selebriti Edisi 2 berada di pasaran,
kini personaliti terkenal Sheila Rusly tampil dengan buku Citarasa Selebriti edisi 3 pula.
Seperti buku-buku resipi Sheila yang terdahulu, apa yang dipaparkan di dalam buku ini juga adalah himpunan resipi Sheila bersama selebriti-selebriti tanah air seperti Hans Isaac, Norkhiriah, Abon, Zed Zaidi, beberapa karyawan yang dikenali dan juga chef-chef pilihan. Selain itu, turut dimuatkan sedikit tip-tip masakan untuk dicuba sendiri oleh peminat.
Dengan harga cuma RM15.90 memang tak rugi mendapatkan satu untuk simpanan ataupun koleksi sendiri. Buku ini juga boleh dihadiahkan kepada sesiapa sahaja.
|
|
|
 |
|
|
 |
|
Tajuk
: |
Pertemuan Emran & Erra
|
Penyelaras/Editor
: |
Intan Zabidin
|
Tarikh
Keluaran: |
Oktober 2007 |
|
Status
: |
Ada di pasaran |
Pembantu
: |
Unit Inovasi Kreatif |
|
|
|
|
|
Bukan hanya kisah kerjayanya mendapat perhatian media, sebaliknya kisah peribadi ratu layar perak ini juga tidak pernah sepi menjadi bualan ramai. Malah ada yang memandai-mandai membuat andaian dan spekulasi sendiri yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan nama Erra Fazira.
Pun begitu perkahwinannya dengan Ketua Pegawai Eksekutif Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin baru-baru ini telah menamatkan segala kontroversi yang timbul. Malah Erra juga tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan kisah cintanya dengan Emran bersama peminat melalui buku berjudul ‘Pertemuan’ yang merupakan terbitan eksklusif Karangkraf.
Untuk pengetahuan anda, inilah satu-satunya buku keluaran khas tentang kisah percintaan, pertunangan dan pernikahan Erra Fazira bersama jejaka pilihannya. Turut dimuatkan, gambar-gambar Erra dan Emran ketika zaman kanak-kanak hinggalah zaman dewasa. Tidak ketinggalan suasana sebelum dan ketika majlis pernikahan, termasuklah gambar barangan hantaran kedua-dua pihak mempelai.
Dengan hanya RM12.90, anda boleh mengetahui rentetan kisah Erra dan Emran dari mula perkenalan hinggalah selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 25 Oktober lalu. Malah turut diselitkan luahan sebenar Erra tentang kisah peribadinya yang selama ini hebat dicanangkan.
|
|
|
 |
|
|
 |
|
Tajuk
: |
20 Resipi Kerabu Sheila Rusly
|
Penyelaras/Editor
: |
Intan Zabidin
|
Tarikh
Keluaran: |
April 2007 |
|
Status
: |
Ada di pasaran |
Pembantu
: |
Team Media Hiburan |
|
|
|
|
|
Pelakon dan pengacara terkenal, Sheila Rusly berjaya menghasilkan satu lagi buku masakan buat tatapan peminat. Kali ini Sheila berkongsi serta sedikit pengetahuan tentang kerabu yang kini menjadi citarasa ramai. Buku ini adalah himpunan resipi turun temurun yang sungguh menyelerakan.
Idea ini tercetus apabila Sheila ditanya ramai peminat dan kenalan tentang pemakanan yang enak dan di waktu yang sama dapat menjaga kesihatan dan mengawal tahap kolestrol. Jawapannya, sudah tentu kerabu yang merupakan juadah yang cukup ringkas dan tidak tinggi kos pembelanjaannya, juga amat sesuai bagi mereka yang
berdiet.
Jangan tunggu lagi. Dapatkan edisi khas ini segera di pasaran dengan harga RM8.50 sebelum kehabisan!
|
|
|
 |
|
|
|
| Ingin Cetak Borang Pesanan? Klik sini... |
 |
Hubungi alamat di bawah sekiranya anda berminat
mendapatkan keluaran-keluaran khas ini :-
|
Karangkraf Network Sdn Bhd
Unit Langganan & Pengedaran
Lot 2, Jalan Sepana 15/3,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15,
40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-5511 8533 ext: 439/437
Faks: 03-5511 8517
Emel: langganan@karangkrafnetwork.com.my |
|
| |
|
|