MAKLUMAT
PELAKSANAAN HOSPITAL RAKAN BAYI DI MALAYSIA

Amalan-amalan jagaan kesihatan boleh memberi kesan yang besar terhadap amalan penyusuan susu ibu. Faktor amalan dan persekitaran yang menyokong penyusuan susu ibu akan membantu ibu-ibu menyusu dengan berjaya untuk tempoh yang lebih lama.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai strategi di dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi. Di Malaysia, Konsep ‘Inisiatif Hospital Rakan Bayi' telah dilaksanakan bermula pada tahun 1993. Ia bertujuan untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang menyokong ibu-ibu bagi menyusukan anaknya dengan susu ibu, menyediakan sebuah perkhidmatan yang membantu ibu menyusukan anaknya dan menjalankan polisi yang melindungi penyusuan susu ibu. Pada Mac 1998, Malaysia telah diisytiharkan sebagai Negara ke-3 di dunia yang mempunyai kesemua hospital kerajaan diiktiraf sebagai “Hospital Rakan Bayi'.

”10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya” merupakan kriteria utama yang telah ditetapkan pada tahun 1989 dalam pelaksanaan Hospital Rakan Bayi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Children's Fund).  Dalam pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi di Malaysia, 10 langkah ke arah menjayakan penyusuan susu ibu yang telah digariskan adalah seperti berikut:-

  1. Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan susu ibu.
  2. MELATIH semua anggota kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
  3. MEMBERITAHU semua ibu mengandung tentang kebaikan susu ibu dan pengendalian penyusuan susu ibu.
  4. MEMBANTU ibu memulakan penyusuan susu ibu dalam masa ½ - 1 jam selepas bersalin.
  5. Memberi TUNJUK AJAR kepada ibu-ibu cara menyusu dan bagaimana untuk mengekalkan penyusuan walaupun jika mereka terpisah dari bayi.
  6. Menentukan bayi baru lahir TIDAK DIBERI minuman atau makanan lain selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.
  7. Mengamalkan “ ROOMING-IN ”, DI MANA BAYI DAN IBU DILETAKKAN BERSAMA SETIAP MASA (24 jam).
  8. MENGGALAKKAN penyusuan susu ibu mengikut KEHENDAK bayi.
  9. Menentukan bayi TIDAK DIBERI puting tiruan atau puting kosong.
  10. MEMBANTU PENUBUHAN kumpulan penyokong penyusuan susu ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital.


STATUS TERKINI HOSPITAL  RAKAN BAYI DI MALAYSIA
( SEHINGGA JAN 2008)

Bil.

Perkara

Jumlah

  1

Hospital Kerajaan yang telah mendapat pengiktirafan

117

  2

Hospital Tentera yang telah mendapat pengiktirafan

2

  3

Hospital Universiti yang telah mendapat pengiktirafan

2

4

Hospital Swasta yang telah mendapat pengiktirafan

6



SENARAI HOSPITAL KERAJAAN, TENTERA, UNIVERSITI DAN SWASTA YANG TELAH DIIKTIRAF SEBAGAI HOSPITAL RAKAN BAYI (2008), MALAYSIA

JABATAN KESIHATAN NEGERI/ WILAYAH

BILANGAN HOSPITAL

SENARAI YANG DI TELAH DIKEMASKINI

***/ Bold = Hospital Negeri dengan pakar

** = Hospital daerah dengan pakar

*= Hospital dengan pakar

1. Perlis

1

  1. Hospital Tuanku Fauziah, Kangar***

2. Kedah

9

  1. Hospital Sultanah Bahiyah***
  2. Hospital Sultan Abdul Halim** 
  3. Hospital Kulim** 
  4. Hospital Langkawi**
  5. Hospital Baling 
  6. Hospital Sik
  7. Hospital Yan
  8. Hospital Jitra
  9. Hospital Kuala Nerang

3. Pulau Pinang

6

  1. Hospital Pulau Pinang** *
  2. Hospital Seberang Jaya ** 
  3. Hospital Bukit Mertajam** 
  4. Hospital Kepala Batas **
  5. Hospital Sungai Bakap 
  6. Hospital Balik Pulau 

4. Perak

14

  1. Hospital Ipoh *** 
  2. Hospital Taiping** 
  3. Hospital Teluk Intan* *
  4. Hospital Seri Manjung** 
  5. Hospital Slim River*
  6. Hospital Batu Gajah 
  7. Hospital Kuala Kangsar 
  8. Hospital Tapah 
  9. Hospital Parit Buntar 
  10. Hospital Kampar 
  11. Hospital Sungai Siput 
  12. Hospital Selama 
  13. Hospital Gerik 
  14. Hospital Changkat Melintang 

5. Selangor

8

  1. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang *** 
  2. Hospital Selayang ** 
  3. Hospital Sungai Buloh **
  4. Hospital Kajang**
  5. Hospital Banting** 
  6. Hospital Kuala Kubu Baru 
  7. Hospital Tanjung Karang 
  8. Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam 

6.  Kuala Lumpur

1

  1. Hospital Kuala Lumpur ***

7. Putrajaya

1

  1. Hospital Putrajaya ***

8.  Labuan

1

  1. Hospital Labuan *** 

9. Negeri Sembilan

5

  1. Hospital Tuanku Jaafar *** 
  2. Hospital Tuanku Ampuan Najihah** 
  3. Hospital Tampin 
  4. Hospital Port Dickson 
  5. Hospital Jelebu 

9. Melaka

2

  1. Hospital Melaka*** 
  2. Hospital Alor Gajah 

10.Johor

10

  1. Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru *** 
  2. Hospital Sultanah Fatimah, Muar** 
  3. Hospital Batu Pahat** 
  4. Hospital Kluang** 
  5. Hospital Segamat** 
  6. Hospital Kota Tinggi 
  7. Hospital Pontian 
  8. Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai 
  9. Hospital Tangkak 
  10. Hospital Mersing

11. Pahang

9

  1. Hospital Tengku Ampuan Afzan, *** 
  2. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh**
  3. Hospital Kuala Lipis** 
  4. Hospital Bentong 
  5. Hospital Pekan 
  6. Hospital Raub 
  7. Hospital Jerantut 
  8. Hospital Jengka 
  9. Hospital Muadzam Shah 

12. Terengganu

6

  1. Hospital Sultanah Nur Zahirah*** 
  2. Hospital Kemaman* * 
  3. Hospital Dungun 
  4. Hospital Besut 
  5. Hospital Hulu Terengganu 
  6. Hospital Setiu

13. Kelantan

8

  1. Hospital Raja Perempuan Zainab II*** 
  2. Hospital Kuala Krai** 
  3. Hospital Pasir Mas 
  4. Hospital Tanah Merah 
  5. Hospital Tumpat 
  6. Hospital Tengku Anis, Pasir Putih 
  7. Hospital Machang 
  8. Hospital Gua Musang 

Sarawak

19

  1. Hospital Umum Sarawak*** 
  2. Hospital Sibu** 
  3. Hospital Miri** 
  4. Hospital Bintulu** 
  5. Hospital Kapit** 
  6. Hospital Sarikei ** 
  7. Hospital Sri Aman 
  8. Hospital Saratok 
  9. Hospital Kanowit 
  10. Hospital Limbang 
  11. Hospital Serian 
  12. Hospital Daro 
  13. Hospital Betong 
  14. Hospital Bau 
  15. Hospital Mukah 
  16. Hospital Simunjan 
  17. Hospital Marudi 
  18. Hospital Lundu 
  19. Hospital Lawas 

Sabah

17

  1. Hospital Likas *
  2. Hospital Duchess of Kent , Sandakan ** 
  3. Hospital Tawau** 
  4. Hospital Keningau** 
  5. Hospital Lahad Datu** 
  6. Hospital Beaufort 
  7. Hospital Kudat 
  8. Hospital Kota Belud 
  9. Hospital Sipitang 
  10. Hospital Tenom 
  11. Hospital Ranau 
  12. Hospital Papar 
  13. Hospital Kinabatangan
  14. Hospital Kota Marudu 
  15. Hospital Semporna 
  16. Hospital Beluran 
  17. Hospital Tambunan

JUMLAH

117

 

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

2

  1. Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak*
  2. Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka*

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2

  1. Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan*
  2. Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)*

HOSPITAL SWASTA

6

  1. Ipoh Specialist Hospital , Ipoh *
  2. Damansara Specialist Hospital , KL*
  3. Selangor Medical Centre, Shah Alam, Selangor*
  4. Pusat Perubatan Pantai, KL*
  5. Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor*
  6. Penang Adventist Hospital , Pulau Pinang*

Jumlah Hospital Rakan Bayi

127

 

 

(SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)