http://www.majalah.iluvislam.com/
Versi Digital
 





Kulit Cantik dengan Ultrasonic Facial
Rawatan ringkas yang berkesan

Kecantikan adalah hak milik setiap wanita. Tidak kiralah bagaimana rupanya, apa warna kulitnya, setiap wanita seharusnya memandang berat akan soal penjagaan kulit wajah. Mencuci muka dan membelainya bukan sekadar untuk tampil menarik dan mencuri pandangan yang melihat tetapi juga bagi
menjamin kesihatan kulit yang berpanjangan. Dewasa ini, banyak jenis perawatan wajah yang diperkenalkan termasuklah Ultrasonic Facial. Rawatan ini dikatakan dapat membuang kotoran yang tersumbat dalam liang pori dengan lebih berkesan. Pasti ramai wanita yang akan sukakan teknik ini kerana kulit bukan saja akan lebih bersih, bahkan lebih cerah. Ikuti rencana ini untuk mengenali teknik rawatan ini. Mari!

Apa itu Ultrasonic Facial?

Rawatan ini bukan saja menggunakan peralatan canggih tetapi turut menggunakan bahan-bahan semula jadi semasa proses rawatan. Bahan semula jadi yang digunakan dalam proses rawatan ini dipilih secara serius mengikut kualitinya. Penggunaan mesin berteknologi tinggi semasa tempoh rawatan adalah bagi memastikan keberkesanan teknik ini kepada mereka yang mencubanya. Pakar kulit akan menganalisis jenis kulit dan memilih rawatan paling tepat untuk mereka.

“Boleh terangkan tentang prosedur rawatan? Bagaimana ia dijalankan?”

• Pembersihan wajah
Bersihkan wajah dari sebarang kotoran menggunakan pembersih muka. Krim pencuci muka dari ekstrak bahan-bahan semula jadi digunakan bagi mengelakkan kerosakan pada kulit wajah.

• Sesi rehat
Salah satu prosedur dalam rawatan ini adalah sesi merehatkan muka. Kapas yang digunakan akan direndam dalam sejenis larutan teh dan diletakkan pada seluruh wajah. Larutan teh yang dikenali sebagai fortune delight ini mempunyai fungsi yang sama seperti rawatan peeling. Selain memberi rasa tenang, teh ini berfungsi untuk menjadikan kulit wajah lebih segar dan cerah. Kapas yang diletakkan pada muka akan dibiarkan untuk beberapa ketika sehingga pati teh meresap ke dalam kulit wajah. Ada masanya, minyak pati akan dicampurkan dengan larutan teh ini untuk kesan lebih optimum.

• Skrub
Membersihkan wajah dengan hanya sekadar mencucinya tidak cukup. Teknik skrub juga akan dilakukan bagi menanggalkan kotoran yang ada pada wajah dengan lebih berkesan. Selesai dilulur, wajah akan dibersihkan dan diurut menggunakan alat ‘ultrasonic facial’. Alat ini digunakan bertujuan untuk melicin dan menegangkan kulit wajah selain menanggalkan sel-sel kulit mati dan mengurangkan kedutan pada wajah. Lebih baik lagi, noda-noda hitam pada wajah juga dapat ditanggalkan.

• Pengewapan
Teknik pengewapan bertujuan untuk membuka liang roma pada wajah dan memudahkan proses pembersihan wajah. Setelah wajah diwapkan selama sepuluh minit, jeragat dan jerawat pada wajah akan dibersihkan dari wajah menggunakan peralatan khusus.

• Urutan
Setelah dibersihkan, wajah diurut menggunakan krim khas yang dicampurkan dengan minyak pati. Seluruh wajah dan bahagian bahu akan diurut untuk impak lebih baik.


Untuk lebih banyak tip cantik dapatkan RAPI 15 OGOS 2010