Main Bowling
Minda ceria, tubuh pun cergas!

Rasai lonjakan hormon endorfi n saat seluruh pin jatuh sambil skrin memaparkan ‘STRIKE’! Itulah kepuasan yang sukar diungkap saat menikmati aktiviti bowling ini. Meskipun corak permainannya santai namun aktiviti ini masih mampu memberikan impak kepada tahap kecergasan tubuh anda.
Boling boleh dimain tidak mengira waktu dan jenis cuaca malah aktiviti ini juga popular sepanjang musim. Ia adalah salah satu cara untuk kekal aktif meskipun bukan sejenis sukan yang benar-benar mencabar keupayaan fizikal seseorang itu. Aktiviti boling ini boleh dimain oleh pelbagai peringkat umur dan mempunyai risiko kecederaan yang paling minima berbanding aktiviti kecergasan yang lain. Hakikatnya bermain boling boleh dikategorikan sebagai salah satu dari aktiviti senaman dalam golongan ‘anaerobic’ di mana ia memerlukan kekuatan otot muskular. Iaitu membantu membina kekuatan otot utama seperti tangan, lengan, belakang tubuh, abdomen, punggung, lutut dan sendi.
Tip Keselamatan Buat Anda
- Mulakan dengan melakukan regangan ringan meskipun aktiviti ini sering dianggap sebagai riadah bagi mengelak risiko kecederaan.
- Gunakan kasut khusus untuk bermain boling bagi mengurangkan kesan regangan pada kedua kaki.
- Satu lagi ciri keselamatan yang perlu diambil berat adalah ketika mengangkat bola. Ramai di antara kita yang gemar mengangkat bola boling menggunakan sebelah tangan iaitu dengan memasukkan jari ke dalam lubang bola secara terus. Cara ini adalah salah. Tahukah anda bahawa setiap bola mempunyai anggaran berat kira-kira 18 paun. Dalam setiap permainan, anda akan mengangkat bola di antara 11 hingga 23 kali. Untuk itu, sebaiknya angkat bola menggunakan kedua tangan terlebih dahulu sehinggalah anda sudah bersedia ke garisan untuk membuat balingan. Cara ini akan membantu mengurangkan risiko kecederaan sebanyak 50%.
Lebih banyak info dalam RAPI 15 SEPT 2010
|