Dulu, azam wanita terkecil di dunia ini adalah untuk memiliki 3 cahaya mata walau betapa besar risiko yang ditanggungnya.

Malah, doktor juga tidak menggalakkan Stacey Herald, 35 tahun untuk hamil kerana ia boleh mengancam nyawa.

Namun, tiada apa yang mampu menyekat impian dan azam ibu terkecil ini. Kini, beliau memiliki 3 anak seperti yang diimpikannya.

Beliau dipetik mengatakan –

“Saya tak rancang pun ingin ada sampai 3 anak. Tapi, saya tahu anak-anak ini adalah anugerah Tuhan yang paling tidak terhingga.

Selepas bersalin kali pertama, saya tahu saya ingin lebih banyak anak, saya ingin beri mereka kasih sayang, walaupun sukar untuk saya hamil.”

Menghidap sejenis penyakit rare

Nampaknya keazaman ibu ini tidak sekecil saiz badannya. Puan Herald hanya memiliki ketinggian sebanyak 71 cm (bersamaan 2 kaki 4 inci) saja.

Beliau menderita sejenis penyakit rare bernama Osteogenesis Imperfecta yang menyebabkan tulang dan paru-parunya terbantut lalu tidak berkembang dengan sepenuhnya.

Doktor menjelaskan jika Puan Herald hamil, dia boleh maut.

Ini kerana bayi yang membesar dalam rahim beliau akan membuatkan paru-paru dan jantungnya pecah!

Tapi ibu ini sungguh bertuah kerana tidak mengalami sebarang kecelakaan seperti yang diramal oleh doktor.

Akan tetapi, beliau kerap kali terlantar sakit di atas katil dan tak berupaya untuk mendukung anaknya (ketika hamil kali kedua).

Nasiblah si suami, Will Herald banyak membantu dan mempunyai ketinggian normal iaitu 5 kaki 9 inci.

Berjaya mengharungi cabaran

Pasangan ini bertemu pada tahun 2000 lalu ketika bekerja di sebuah pasaraya berhampiran rumah mereka.

Pada tahun 2004, mereka melangsungkan perkahwinan. Namun, doktor meminta agar Stacey tidak hamil.

Namun, 8 bulan kemudian, berita gembira merawat duka hati beliau. Puan Herald didapati hamil.

Akan tetapi, anak sulung mereka mewarisi penyakit rare yang sama seperti ibunya. Bayi itu bernama Kateri. Namun, anak kedua Puan Herald normal dan sihat. Kini, anak ketiga mereka, seorang lelaki juga telah selamat dilahirkan.

Malachi, anak lelaki ketiganya dilahirkan dengan cara pembedahan caesarean secara menegak yang sangat rare.

Malachi didapati menghidap hernia yang boleh mengancam nyawa dan terpaksa menjalani pembedahan pada minggu ke-4 selepas lahir.

Tapi semuanya sudah selamat kini. Walaupun mengharungi pelbagai cabaran, keluarga Herald telah berjaya mengharunginya dengan berani.

Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana yang mungkin menghadapi pelbagai cabaran ketika hamil.

Sumber rujukan: NTD.tv dan The Telegraph- my.theasianparent.com