Para ibu dan bapa tidak perlu terlalu mengikut peraturan yang mengatakan bahawa boleh memotong kuku bayi mulai usia 4 atau 6 minggu. Namun, apabila wajah bayi sudah terdapat luka dan cakaran oleh kukunya sendiri, itulah waktu yang tepat untuk memotong kukunya. Gunakan pemotong kuku khas untuk si kecil anda dan mengikut umurnya. Kemudian potong kuku tangan sekurang-kurangnya seminggu sekali (jika kukunya kelihatan agak panjang) dan potong kuku kaki sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Ingat, jangan menggunakan pemotong kuku orang dewasa untuk mengelak berlaku kecederaan pada kuku bayi. Potong kuku bayi selepas waktu mandi kerana ketika ini kukunya menjadi lembut.  Ikuti panduan untuk anda memotong kuku bayi.

 

1.Menyentuh jari bayi

Kecil sungguh tangan dan kaki bayi. Bagaimanapun, jika kuku bayi panjang, ia boleh mencederakan  bayi kerana gemar menggosok-gosok mata dan kulitnya. Sebelum anda mula memotong kuku bayi, sentuhlah jari jemarinya untuk memberi rasa selesa dan memberi mood yang baik. 

 

2.Waktu yang sesuai.

Bagi memudahkan anda memotong kuku, waktu yang paling sesuai ialah sejurus selepas bayi mandi. Ketika ini kukunya masih lembut. Mudah untuk anda memotongnya dengan selamat.

 

3.Potong kuku. 

Mula melakukan pemotongan kuku pada tangan kanan. Ketika memotong kuku, pegang tangan bayi, arahkan jemari tangannya ke depan untuk mengelak daripada terkena gunting. Tahan perlahan buku-buku jarinya agar kukunya mengarah ke atas. Kemudian  lakukan perkara yang sama pada tangan kiri. Kuku pada bahagian kaki juga harus dipotong. Lakukan perkara yang sama pada kaki kanan dan kiri.

 

4.Gunting khas

Gunakan gunting pemotong kuku bayi yang tajam, hujung bundar dan selesa apabila gunakan. Jangan memotong menggunakan gunting terlalu dekat kerana ia mengundang bahaya sehingga boleh mengakibatkan luka terjadi. Hati-hati ketika melakukannya kerana anda boleh menyebabkan kuku bayi berdarah.

 

5.Basuh atau lap tangan dan kaki.

Setelah selesai selepas memotong kuku tangan dan kaki, ia dibasuh dengan air atau lap menggunakan air bersih. Ia bertujuan untuk membersihkan kekotoran yang melekat pada hujung kuku tangan dan kaki.