Kisah Ahmad Ammar menjadi satu fenomena yang meniti di bibir masayrakat dunia khususnya di Malaysia. Video kisahnya yang disiarkan di laman Youtube mengenai pengorbanannya merantau jauh semata-mata mahu mendalami ilmu Islam telah mencecah jutaan penonton.

 

Pemergian Ahmad Ammar merupakan pemergian seorang yang syahid dalam menyampaikan Ilmu Islam. Beliau maut akibat dilanggar sebuah ambulans di Istanbul, Turki. Ammar digambarkan sebagai mujahid yang disayangi ramai bahkan jenazahnya disemadikan bersebelahan dengan makam sahabat Rasulullah SAW, Saidina Abu Ayub al-Ansari, di pemakaman Eyub di Turki. Satu-satunya jenazah rakyat Malaysia yang dikebumikan di sana.

 

Permata berharga dari bumi Malaysia itu terkenal dengan akhlak dan perjuangannya mahu mendalami sejarah Islam.  Baru-baru ini ayah dan ibu Ammar berkesempatan mengunjungi Kumpulan Media Karangkraf untuk berkongsi cerita dan kenangan bersama Ammar.

 

Melihatkan daripada tutur kata ayah Ammar ketika dia berkongsi cerita,terserlah ketenangan di wajahnya. Tiada ratapan sayu mahupun tubir mata yang bergenang. Ujar ayah Ammar, Ahmad Azam Abd Rahman, pemergian anaknya itu telah “mencelikkan kembali hati-hati manusia”. Jelasnya dengan lebih lanjut, selepas pemergian anaknya itu, kerja dakwahnya menjadi mudah apabila semakin ramai masyarakat tampil menghulurkan bantuan untuk umat Islam sejagat.

 

“Selepas masyarakat menonton video pemergian Ammar di Youtube, ramai yang terkesan, mereka (masyarakat) menangis, mereka kata hendak berubah. Mereka kata walaupun Ammar baru menjejak usia 20 tahun namun sudah banyak kerja dakwah yang beliau (Ammar) telah lakukan, tetapi mereka hanya setakat pergi ke surau sahaja,”katanya yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia itu. 

 

Dalam nada yang sama, tambah Azam lagi, hubungan diplomatic dengan Negara Turki serta tempat Ammar bekajar (Universiti Marmara) juga seolah-olah dipermudahkan oleh Allah. “ Sewaktu jenazah Ammar disembahyangkan, Rektor Universitiada dating sekali, Alhamdulillah selepas peristiwa itu semua urusan pelajar Malaysia di Universiti berkenaan menjadi mudah.

 

“Sebelum ini banyak karenah (prosedur) untuk berurusan kemasukan, namun selepas Rektor berkenaan hadir sekali, hatinya terbuka untuk memudahkan urusan pelajar kita di sana, Alhamdulillah atas segala nikmat pemberian-Nya,” katanya penuh tanda kesyukuran.

 

Menarik Bulan Ini

Jika anda ingin mengenali dengan lebih mendalam tentang personaliti serta sejarah hidup tertulis mengenai Ahmad Ammar, dapatkan Majalah I Edisi Januari 2014 di pasaran sekarang! Banyak lagi info penuh berguna dimuatkan dalam edisi kali ini. Jom beli sekarang, sebelum habis!