Teman-teman mula menegur bentuk badan lebih besar daripada biasa. Apabila tersentak melihat jarum mesin penimbang semakin meningkat perasaan takut datang tiba-tiba. Apa yang perlu dilakukan untuk kemlbali langsing seperti selalu.

Cara yang mudah untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengawal kandungan kalori yang masuk ke dalam tubuh. Jangan lupa untuk menambah imput bersenam dalam gaya hidup agar kadar metabolisme tinggi untuk membakar lemak dalam badan.

Tukar ini: Dressing yang diproses

Ambil ini: Minyak zaitun dan balsamik

Salad adalah makanan yang paling sesuai untuk mereka yang mahu berdiet. Gabungan sayur-sayuran pelbagai warna dapat memenuhu keperluan diet. Cuba gunakan bahan semulajadi pada dressing berbanding bahan yang diproses.

Tukar ini : Gula

Ambil ini: Serbuk kulit kayu manis

Kopi adalah minuman yang sedap diminum panas atau sejuk. Kita boleh kurangkan kalori kopi dengan menukarkan gula kepada serbuk kulit kayu manis. Bukan sahaja boleh kurangkan kalori malah menambah perisa. Boleh juga ditabur pada oat.

Tukar ini: Lempeng bersama sirap

Ambil ini: Lempeng bersama buah-buahan

Lempeng yang tidak mengandungi gula adalah sarapan yang terbaik untuk mengurangkan pengambilan kalori. Namun jangan ditambah dengan sirap yang kaya dengan gula sebaiknya tabur dengan buah-buahan.

Tukar ini : Daging berlemak

Ambil ini : Daging tanpa lemak

Daging boleh diambil sekali-sekala tetapi perlu memilih daging yang tidak berlemak. Untuk mendapat protein tanpa lemak pilih daging ayam berbanding daging lembu.
 

Ambil ini : Jus buah segar

Tukar ini : Jus buah dalam tin

Buah-buahan kaya dengan vitamin dan garam galian bagi memenuhi keperluan tubuh. Tukar tabiat mengambil air buah yang telah diproses berbanding dengan jus buah yang dibuat sendiri.

Ambil ini : Sayur bayam

Tukar ini : Iceberg lettuce

Gantikan iceberg lettuce kepada sayur bayam dalam salad. Sayur bayam kaya dengan vitamin K, vitamin A, kalsium dan besi.
 

Ambil ini : Roti kismis

Tukar ini : Mufin beri biru

Anda boleh mengurangkan hampir 100kcal jika menukar muffin beri biru kepada roti kismis. Lebih sedap lagi apabila roti kismis dimasak sendiri.
 

Ambil ini : Daging panggang

Tukar ini : Daging digoreng

Daging kaya dengan sumber protein tetapi cara memasaknya juga perlu diambil kira. Seelok-eloknya masak daging dengan cara memanggang untuk mengelak minyak terlalu banyak secara goreng.