ANGGOTA Forteen, Ameerais Azhar, 28, memberitahu dia akan melangsungkan majlis pertunangan dengan wanita pilihan hatinya, esok (Sabtu).

Menurut Ameerais Azhar atau Ameer Forteen, bakal tunangnya, Siti Nurnaja'a, 24, mempunyai ciri keperibadian yang baik.

Penyanyi Pulangkan Cinta berkata mereka akan mengadakan majlis tersebut secara tertutup dengan dihadiri oleh kedua belah keluarga sahaja.

"Persiapan nak bertunang akan diadakan secara tertutup. InsyaALLAH antara saya dengan wakil belah tunang di Kuala Lumpur sahaja.

"Saya dah mengenali dia sejak setahun lalu dan jelas dia pilihan hati yang benar-benar memahami saya," katanya.

Pada Khamis lalu Sinar Harian telah melaporkan artikel Ameer berhubung video lucah yang didakwa adalah dirinya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Video lucah, itu bukan saya: Ameer Forteen]

Bagaimanapun, Ameer berkata dia tidak terjejas dengan hal tersebut biarpun kejadian itu berlaku sebelum dia mengikat tali pertunangan.

"Setakat ini bakal tunang saya sangat mengenali saya dan di saat nak meraikan hari bahagia saya diuji.

"Saya sedikit pun tidak terganggu. Apa pun terus berdoa dan berharap yang baik-baik sahaja," katanya lagi.