PELAKON terkenal, Beto Kusyairi menjadi bualan netizen selepas memuat naik sekeping gambar mengenakan solekan di wajahnya.

Perkongsian Beto atau Nurkusyairy Zakuan Osman, 38, di Instagram miliknya bersama penyanyi Tomok itu bukan sahaja menarik perhatian warganet, bahkan, mencuit hati ramai kenalan rakan artis lain.

"6 tahun selepas kejadian di Istanbul, Azad @tomokofficial & Harris kembali berjumpa.

"Tapi..tapi... kenapa macam ni? Mana Dian @lisasurihani??" coret Beto dengan tanda pagar Bekas Kekasih.

Antara rakan artis yang memberikan komen seperti, Lisa Surihani, Aeril Zafrel, Dynas Mokhtar, Nabila Huda, Syafie Naswip dan ramai lagi, semuanya terhibur dibuat pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Pesta Perdana 2017 (Singapura).