PASANGAN kekasih HyunA dan E'Dawn buat pertama kali memuat naik foto mesra di laman sosial pada Rabu.

Menerusi laporan Soompi, HyunA pada awalnya memuat naik beberapa foto dia seorang sedang membeli makanan.

Beberapa minit kemudian, HyunA sekali lagi berkongsi beberapa foto bersama kekasihnya di tempat yang sama.

Kelihatan HyunA dan E'Dawn bukan sahaja keluar berdua namun ditemani rakan yang merakam aksi mesra mereka.

Sebelum ini, pasangan itu mula mendedahkan hubungan mereka secara umum pada Ogos lalu dan semenjak itu, Cube Entertaiment mengeluarkan kenyataan dua artis itu telah diberhentikan dari agensi tersebut.
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hyun Ah (@hyunah_aa) on