PENGARAH dan Penerbit Tanah Beris Film Production Sdn Bhd, Shuhaimi Lua turut memberi komen terhadap luahan rasa pelakon veteran Jalil Hamid.  

Menurut Shuhaimi, adalah tidak wajar pelakon berbakat tersebut dibayar dengan harga sebegitu iaitu RM1500, 12 babak selama dua hari penggambaran.  

"Saya amat terkilan kalau ada produksi memperlakukan sebegitu kepada pelakon veteran kita.  Kepada penerbit baru atau pengurus produksi yang baru boleh bertanyakan orang-orang lama dalam industri cara pembayaran artis.

"Kalau ikut pengalaman saya, kita boleh offer antara RM1500-RM2000 per day la.  Kalau artis muda sekarang pun ada yang menjangkau harga itu pun produksi boleh bayar, kenapa tidak Jalil Hamid?," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Shuhaimi lagi,  itu pun bergantung kepada jumlah scene sehari. itu kalau nak perday.

"Kalau telemovie (leading) harga antara RM8000-RM10,000. Saya pernah bayar Abang Jalil dalam RM1600 per day dalam telemovie Jangan Ambil Botol Itu untuk TV9," katanya lagi.