Sebenarnya ramai yang tidak tahu wajah sebenar pelakon seram yang sering kita tengok di kaca TV atau pun filem-filem horror Hollywood.

 

Malah, ada yang langsung tidak terfikir bagaimana rupa sebenar mereka kerana terlalu asyik membayangkan karakter seram yang dibawa dalam filem.

 

Bila muncul di kaca TV, mereka mampu membuatkan korang menjerit ketakutan  tetapi di dalam dunia nyata, ‘hantu-hantu’ ni pun manusia biasa macam kita juga.

 

Jom kita tengok antara watak-watak seram dalam filem Hollywood dan siapa sebenarnya wajah disebalik karakter tersebut.

 

1.    Freddy Krueger- Robert Englund

A Nightmare on Elm Street, 1984

 

 

"One, two, Freddie’s coming for you." Watak Freddy Krueger sebagai seorang pembunuh bersiri adalah antara peranan yang melonjakkan nama selebriti Robert Englund ini.

 

Dia menjadi satu-satunya pelakon dalam sejarah filem yang membawa watak utama dalam lapan filem seram secara berturut-turut.

 

2.    John Kramer- Tobin Bell

Saw, 2003

 

 

Peranannya dalam filem ini turut menaikkan nama Tobin Bell dalam industri perfileman Hollywood. Selain Saw, dia juga membintangi banyak rancangan TV popular seperti The X-Files, ER dan Walker Texas Ranger.

 

3.    Samara- Daveigh Chase

The Ring, 2002

 

 

Walaupun baru berusia 26 tahun, Daveigh Chase telah membintangi banyak filem dan rancangan TV termasuk Donnie Darko, Charmed dan ER.

 

Korang mesti ingat kan macam wanita ini membuatkan kita menjerit dalam scene filem The Ring apabila dia memanjat keluar daripada kaca Tv. Arghh!

 

4.    Valak- Bonnie Aarons

The Conjuring 2, 2016

 

 

Karakter Valak yang dilakonkan oleh Bonnie Aarons ini benar-benar membuatkan ramai yang tidak dapat tidur malam. Malah, ada yang memuji bakat make up artist yang menata rias wajah karakter seram ini benar-benar nampak real.

 

Thumbs up kepada semua warga kerja The Conjuring 2.

 

5.    Leatherface- Andrew Bryniarski

The Texas Chainsaw Massacre: The Beginning, 2006

 

 

Andrew Bryniarski adalah antara salah seorang daripada tujuh pelakon yang telah berjaya memainkan peranan sebagai Leatherface dalam file mini.

 

Kini, pelakon ini masih lagi terlibat dalam rancangan TV dan sedang giat dalam membina badan.

 

6.    Leprechaun- Warwick Davis

Leprechaun, 2003

 

 

Antara pelakon kerdil yang paling popular di Hollywood, ketinggiannya hanya 107 sentimeter. Dengan penampilan dan bakat lakonan yang cemerlang, Warwick telah menerima banyak peranan penting dalam membintangi filem-filem seperti Leprechaun, Harry Potter dan Star Wars.

 

7.    Pinhead- Doug Bradley

Hellraiser, 1987

 

 

Sama seperti Robert Englund, selebriti ini juga memainkan peranan yang sama dalam lapan buah filem seram. Walaupun pernah membintangi filem daripada genre yang berlainan, namun para peminat masih tidak bole move on daripada karakter Pinhead yang dibawa olehnya.

 

8.    Pennywise- Tim Curry

It, 1990

 

 

Omg, ini lagi satu filem seram yang masih membuatkan kita teringat-ingat. Hampir sahaja fobia dengan badut, pelakon ini berjaya membawakan watak ini dengan baik sekali. ‘

 

Kalau korang nak tahu, selain berlakon, Tim Curry juga seorang penyanyi dan komposer muzik. Beberapa tahun yang lepas, Tim telah jatuh sakit dan terpaksa berkerusi roda.

 

Namun, dia tetap meneruskan perjuangannya sebagai anak seni dalam mencipta dan menulis lagu.

 

9.    Michael Myers- Nick Castle

Halloween, 1978

 

 

Peranan dalam filem Halloween ini berjaya membawa kemasyhuran kepada bintang Hollywood ini. Sudah beberapa tahun juga Nick tidak berlakon filem, tetapi dia mula mengarah dan menulis skrip untuk filem terbitannya sendiri.

 

10.    Jason Voorhees- Ari Lehman

Friday The 13th, 1980

 

 

Ketika dia menghadiri casting bagi filem seram ini, tanpa banyak bicara, selebriti ini telah pun dipilih kerana memenuhi kriteria yang dicari oleh produser.