Melihatkan sambutan hangat yang diterima pada peringkat global terhadap drama dan filem Korea, maka tidak hairanlah pelakon-pelakon Korea kini cukup digilai ramai. Peminat dari serata dunia kini memuja bakat lakonan serta wajah tampan yang dimiliki mereka. Persona mereka juga telah banyak membantu industri lakonan Korea Selatan meningkat ke peringkat yang lebih tinggi. Kali ini KLiK mahu kongsikan senarai lima “Pelakon Korea Paling Kacak KLiK 2013” berdasarkan kredibiliti yang dimiliki oleh mereka.

 

Jung Yong Hwa

Mula popular menerusi drama “You’re Beautiful” pada tahun 2009, Yong Jung Hwa merupakan pelakon yang diminati ramai kerana bakat lakonannya. Selain itu, dia juga ialah salah seorang ahli grup CNBlue yang popular.

 

Taecyeon

Mungkin kamu semua cukup kenal dengan wajah Taecyeon yang juga salah seorang ahli grup 2PM. Diangkat sebagai superstar K-pop paling comel, Taecyeon juga terkenal dengan skil rapping yang luar biasa. Terbaru, Taecyeon membintangi filem bertajuk “Marriage Blue”.


Song Seung Heon

Song Seung Heon dikenali sebagai antara pelakon yang paling berjaya di Korea Selatan. Antara drama popular lakonannya ialah “Endless Love” dan “My Princess”. Selain berlakon, Song Seun Hun juga menjadi peragawan dan jurucakap bagi jenama seluar jean terkenal, STORM.

 

Kim Hyung Joong

Dilahirkan pada 6 Jun 1986, Kim Hyung Joong merupakan penghibur popular di Korea Selatan. Dia adalah rapper utama dan ketua kepada grup SS501. Wajahnya menjadi pujaan ramai selepas membintangi drama “Boys Over Flowers” di mana dia membawakan watak sebagai Yoo Ji Hoo.

 

Lee Min Ho

Aktor dan penyanyi berusia 26 tahun ini bukan sahaja popular di negaranya malah dia juga mempunyai nama yang besar di China dan Taiwan. Wajahnya yang kacak menjadi kegilaan peminat-peminat setia drama-drama Korea. Popularitinya mula meningkat selepas dia muncul di dalam beberapa buah drama seperti “Boys Over Flowers”, “City Hunters” dan “Personal Taste”. Pada tahun ini, Lee Min Ho telah mengumumkan yang dia akan kembali aktif dengan kemunculannya menerusi drama terbaru bertajuk “The Heirs”.