Sekali pandang, pasti ramai yang menyangka Duckie Thot ialah patung Barbie bersaiz hidup. Manakan tidak, model Sudan Selatan - Australia ini benar-benar mirip patung Barbie dengan ciri-ciri wajah dan bentuk badannya yang menjadi sebutan di Instagram.

 

 

A post shared by Duckie Thot (@duckieofficial) on

 

Bagi followers setia francais Top Model, mungkin anda pernah melihat Duckie dalam Australia's Next top Model musim 2013.

https://paddylastinc.files.wordpress.com/2013/07/duckie.jpg

Menyertai pertadingan tersebut pada usia 17 tahun, Duckie menjadi salah seorang peserta favourite. Walaubagaimanapun, dia tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli di Twitter disebabkan rambut dan warna kulit semulajadi, di samping kritikan tentang berat badannya.

 

Duckie digelar dengan pelbagai gelaran, termasuklah cauliflower head (kepala kubis bunga) oleh salah seorang peserta Top Model. Tertekan dengan kecaman netizen, Duckie menjauhkan diri daripada dunia peragaan selama 2 tahun.

 

"Saya dihentam teruk sebagai seorang gadis berusia 17 tahun - dan pada masa itu sukar untuk saya faham mengapa. Saya ditekan oleh semua orang daripada setiap sudut." luahnya dalam temu bual bersama Teen Vogue.

 

 

A post shared by Duckie Thot (@duckieofficial) on

 

Model ini menjadikan Charlotte Dawson, salah seorang juri Top Model yang juga mangsa buli siber sebagai mentornya. Malangnya, Dawson membunuh diri pada 2014 namun Duckie tetap mengingati nasihat-nasihat mendiang mentornya sehingga ke hari ini.

 

Kini mempunyai lebih 300 ribu pengikut di Instagram, Duckie tidak lagi mempedulikan cemuhan orang ramai dan terus mengorak langkah dalam bidang peragaan. "Apabila saya mula mendengar suara saya sendiri, ketika itulah semuanya mula berhasil buat saya. Orang akan sentiasa bercakap negatif tentang kamu.. namun apa yang mereka fikir tentang kamu tidak menentukan siapa kamu," ujarnya lagi.

 

A post shared by Duckie Thot (@duckieofficial) on

 

 

A post shared by Duckie Thot (@duckieofficial) on