Ramai peminat mahu pasangan 'monday couple' di dalam "Running Man" ini menjadi pasangan kekasih yang sebenar ekoran gelagat romantis dan gila-gila mereka. Impian peminat seakan menjadi realiti apabila mereka digandingkan bersama di dalam sebuah rancangan realiti berjudul "We Got Married".

 

Menerusi rancangan terkenal seluruh dunia iaitu "Running Man", telah menjadikan Gary dan Song Ju Hyo pasangan yang paling serasi. Kelihatan Gary mendukung Song Ji Hyo dibelakang badannya. Song Ji Hyo hanya tersenyum ceria dan menimbulkan rasa cemburu di kalangan penonton.

 

Boleh dikatakan 'monday couple' ini menjadi salah satu punca rating "Running Man" ini naik mendadak! Gelagat mereka menjadi tumpuan apabila Gary menyimpan perasaan terhadap Song Ji Hyo dari episod 1 "Running Man" lagi.

 

"Walaupun Gary dikatakan bertepuk sebelah tangan tetapi dia lelaki yang tidak mudah putus asa. Kami tidak sabar mahu melihat mereka bersama di dalam We Got Married," ujar peminat di sana.

 

Banyak respon yang diterima di Internet rata-rata mahukan Gary dan Song Ji Hyo menjadi pasangan kekasih di luar set dan bakal menjadi pasangan suami isteri suatu hari kelak.