Ingatkan manusia sahaja boleh diserang penyakit disebabkan virus. Tetapi kecoh baru-baru ini serangan virus paling ganas pada teknologi.

Serangan ransomware WannaCry menyebabkan satu dunia kelam kabut seketika. Virus ini dikatakan telah menyerang lebih 100 buah negara, dan Malaysia destinasi seterusnya.

Ramsomware ini menyekat ekses kepada fail dan dokumen tertentu, kemudian mereka akan meminta pengguna membayar duit tebusan sebelum virus tersebut ditarik daripada peranti anda.

Setakat ini ianya hanya memfokuskan kepada platform Windows terutamanya versi lama yang tidak dilindungi oleh sekuriti terkini. Mengikut laporan lain, telefon pintar masih tidak terkena infeksi tersebut, tetapi sila ambil langkah berjaga-jaga.

Menurut pengasas LE Global Sdn Bhd (LGMS), C.F Fong berkata seorang pengarah di sebuah syarikat pelanggannya telah menjumpai ransomware didalam komputer riba peribadinya Sabtu yang lepas.

Malware yang telah dijangkiti tersebut merupakan versi awal WannaCry, kata Fong.

Serangan ramsomware bermula pada hari Jumaat lepas.

“Kami anggarkan akan ada kes berkenaan serangan virus ini dalam masa terdekat, tetapi kami harapkan ianya tidak berlaku” katanya awal pagi ini.

“Nasihat saya, jika anda diserang virus ini, sila matikan sambungan internet anda supaya ianya tidak merebak” tambahnya lagi. Fong juga berkata ianya adalah ‘inevitable’, sesuatu yang tidak dapat dielakkan terutamanya Malaysia.

Beliau juga berkata, pengguna perlu backup fail yang disimpan secara online menggunakan servis cloud. Pengguna juga perlu mengemaskini sistem sekuriti Windows secepat yang mungkin.

Sementara itu, satu sistem pengesan virus berkenaan turut memaparkan Malaysia sudah pun dijangkiti oleh virus terbabit.

Laman intel.malwaretech.com beberapa kawasan di Malaysia sudah dijangkiti oleh virus terbabit, begitu juga dengan Indonesia.

SUMBER: WISER.MY