| |
Karnival Karangkraf 2010 akan kembali lagi menemui pembaca tersayang pada 29 Januari hingga 1 Februari 2010
bertempat di Kompleks Kumpulan Karangkraf yang terletak di Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, Shah Alam, Selangor. Karnival ini akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari.
Pihak Karangkraf mengambil langkah awal untuk menyokong usaha kerajaan dalam memperhebatkan budaya
membaca di kalangan masyarakat tempatan. Dengan wujudnya program ini, ia bukan sahaja berjaya memupuk
budaya membaca malah Malaysia akan melahirkan masyarakat yang bertamadun dan berilmu.
Bersama tagline “Membina Tamadun Budaya Membaca”, anda berpeluang membeli majalah, novel dan buku terbitan
Kumpulan Karangkraf dengan harga diskaun sehingga 30%. Selain dari gerai jualan bahan-bahan bacaan ini. Terdapat
juga gerai lain yang akan disediakan iaitu gerai pencetakan digital dan jualan iklan.
Anda juga berpeluang mendapat pelbagai hadiah menarik dan menyertai aktiviti-aktivitiyang dianjurkan sama ada
dengan membeli atau pun melanggan produk terbitan Karangkraf. Di samping itu, anda juga berpeluang untuk
beramah mesra dengan editor majalah, penulis novel dan artis undangan pada hari tersebut.
|