Pasangan suami isteri popular, Yusry dan Lisa Surihani kini mengabadikan kisah cinta mereka dalam sebuah lagu duet berjudul `Kekasih Abadi’. Buat julung kalinya juga, peminat dapat mendengar bakat nyanyian Lisa yang sebelum ini lebih dikenali sebagai pelakon.  
 
`Kekasih Abadi’ hasil ciptaan komposer Edry Abdul Halim  juga merupakan lagu tema bagi sebuah program travelog `Paspot Cinta Yusry Lisa’ iaitu siri sebanyak 13 episod yang bakal menemui peminat bermula Mac 2014 di TV2.  
 
Program yang diinspirasikan percutian bulan madu Yusry dan Lisa  menampilkan pasangan ini mengembara ke seluruh negeri di Malaysia. Menerusi rancangan ini juga, penonton berpeluang melihat perbezaan karakter Yusry dan Lisa dalam merancang percutian bajet mereka. 
 
Lagu ini sudah berada di pasaran melalui i-Tunes sementara nada deringnya melalui syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan akan mula dipasarkan bermula minggu hadapan.