BAHAN-BAHAN:

  • 500gm beras pulut
  • 500ml santan pekat
  • 300ml air
  • 1 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa
  • Daun palas secukupnya
  • Air secukupnya untuk merebus
 
CARA MEMASAK:
 
1 Basuh beras bersih dan toskan airnya.
2 Masak air bersama santan, gula dan garam hingga mendidih.
3 Kemudian masukkan beras pulut dan kacau hingga sebati.
4 Biarkan pulut setengah masak, angkat dan sejukkan.
5 Ambil daun palas dan balutkan hingga habis.
6 Didihkan air dan rebus hingga masak.