BERITA BAIK BAGI OGHANG KEDAH! JOM PAKAT-PAKAT MAI KE PESTA BUKU KEDAH 2018!
 
[FENOMENA]
Dengaqnya ada satu fenomena akan melanda Sungai Petani akhir bulan Julai ni. Hangpa tau dak lagi? Satu fenomena pasai buku akan berlangsung kat Village Mall Sungai Petani bermula 25hb – 29hb Julai. PESTA BUKU KEDAH nama dia, anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK).

Banyak penerbit buku akan turut serta masa pesta buku ni. Antaranya kamilah, KARANGKRAF. Pertama kali ni kami turun Sungai Petani untuk Pesta Buku Kedah 2018. Oleh sebab yang ni pertama kali kami join, nak habaq mai kat hangpa ada 10 SEBAB kenapa hangpa wajib mai dan singgah ke booth Karangkraf:
 
1. Kami juai buku-buku terpilih PALING RENDAH RM7.
 
2. Ada jugak tajuk-tajuk buku yang kami POTONG DISKAUN sampai 60%.
 
3. Ada DISKAUN buku dan novel TERBAHARU 20%.
 
4. Ada PAKEJ BEST buku resipi terpilih beli 4 naskhah RM 10 dan novel terpilih 4 naskhah RM 20.
 
5. Dahlah buku murah, ada diskaun, hangpa mai ada pulak PPAK buat CABUTAN BERTUAH. Nak tau hadiah apa depa bagi, hangpa kenalah mai.
 
6. Hangpa mesti biasa dengaq kat radio dan tengok kat TV ceramah USTAZ ELYAS ISMAIL. Sekarang ni pun ustaz ni top dengan segmen refleksi kool kat radio. Kali ni ustaz Elyas mai pesta buku. Hangpa boleh dengaq face to face pada 26hb Julai, Khamis bermula jam 8.30 malam.
 
7. Salah sorang ahli kumpulan UNIC, BAZLI pun mai jugak pada 27hb Julai, Jumaat bermula jam 8.30 malam. Buku beliau tajuk ‘SYAHID BINTANG SYURGA’ antara yang BESTSELLER kat kedai kedai buku sekarang.
Hangpa mai boleh mintak tandatangan Bazli bila beli buku dia.
 
8. Anak-anak hangpa minat kat kartun DIDI & FRIENDS? Pada 28hb Julai (Sabtu), kami bawak jugak maskot Didi & Friends. Anak-anak hangpa boleh bergambaq dan bergembira dengan maskot.
 
9. Hangpa minat baca novel seram tak? Kali ni ada 4 ORANG NOVELIS BESTSELLER akan mai ke pesta buku. Novel depa semua kami reprint berkali-kali. 28hb Julai (Sabtu) ada A. DARWISY, NAIM TAMDJIS, EBRIZA AMINNUDIN dan EQBAL MOHAYDEEN. Rugi kalau hangpa tak mai jumpa depa bermula jam 11.00 pagi.
 
10. Kami ada jugak juai buku siri ‘FUIYOO’ Matematik, Matematik Tambahan, Sains dan Kimia. Semua buku ni BESTSELLER sebab penulis dia guna teknik kartun untuk bagi pelajar mudah ingat dan faham formula. Untuk pesta buku kali ni, buat julung kalinya kami bawak penulis buku ni, KIPAS HIKMAT untuk bagi tips dan sharing pasai formula-formula.

Jadinnya, hangpa pakat ramai-ramai mai ya. Bagi tau kat kaum keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan rakan taulan. Kita beraya buku kali ni. Jangan tak mai ya.

Tarikh: 25hb – 29hb Julai 2018
Masa: 10.30 pagi – 10.00 malam
Tempat: Village Mall, Sungai Petani, Kedah

.
Masuk adalah PERCUMA.

Tonton video-video di bawah: