Rupanya penggunaan pewarna makanan tiruan boleh beri kesan buruk pada tingkah laku anak termasuk jadi panas baran dan kurang daya tumpuan. Anak-anak kecil memang mudah tertarik pada makanan yang berwarna-warni.

Bagi mereka ia nampak sedap dan menyeronokkan bila dapat dirasa. Hari ini bukan gula-gula dan lolipop sahaja yang berwarna-warni, pelbagai makanan lain seperti roti, kek, biskut turut diubah daripada warna asli kepada warna-warni. Kononnya ikut trend 'hipster'.

Tapi tahukah anda apakah kesan buruknya jika penggunaan warna tiruan digunakan berleluasa dalam makanan terutama sekiranya dimakan oleh anak kecil?  Puan Intan Nornie Sheika berkongsi kesan buruk pewarna makanan tiruan kepada kesihatan kita. Dia juga memberikan alternatif pewarna semula jadi yang lebih selamat digunakan.

Fenomena 'hipster' pemakanan sekarang ialah makanan berwarna. Kita banyak tengok kan, dari kek cawan (cupcake) yang berwarna warni sehingga kepada kuih tradisi, juga diwarnakan.

Karipap berwarna warni.

Laksam berwarna pelangi.

Roti jala berwarna tema bendera Malaysia.

Tidak salah untuk menggunakan unsur warna untuk menarik minat pada makanan Malaysia. Yang salahnya, bila pewarna sintetik digunakan.

Apakah kesan pewarna sintetik ?

1. Anak kecil mengalami masalah kelakuan termasuk panas baran dan kurang daya tumpuan.

2. Merosakkan bahan genetik dalam sel-sel lalu membentuk kanser.

3. Tartrazine (pewarna kuning-jingga) ialah agen penyebab kanser dan boleh meningkatkan hiperaktif di kalangan kanak-kanak. Ia juga dikaitkan dengan alergi, ruam, bengkak, hidung berair dan mata merah.

4. Bengkak tisu, alergi dan masalah pernafasan. Ia juga boleh merendahkan bilangan sel darah merah dan kepekatan hemoglobin menyebabkan kanser.

Oleh itu, apa alternatifnya yang alami dan semula jadi ?

:: H I J A U dari pandan atau teh hijau

:: K U N I N G dari kunyit

:: M E R A H dari rasberi atau strawberi atau ubi bit (sedap tau) :p

:: B I R U dari bunga telang

:: P E R A N G dari serbuk kopi atau serbuk koko

:: O R E N dari karot

Tips alternatif

1- Mula dengan bahagian kecil. Perah sedikit demi sedikit, dan sentiasa rasa hasil perahan tadi. Sebab dari sumber alami, 'kepekatan' rasa sumber pewarna asli tadi akan mempengaruhi makanan juga.

2- Pilih "pewarna" tadi ikut perasa makanan yang kita masak. Jika berhajat untuk buat kek pelangi, pilih warna-warna dari sumber alami yang yang sesuai ya.

3- Sayur/buah/bahan alami untuk pewarna semulajadi selepas diperah, simpan 2 hingga 6 jam di dalam 'chiller' (dalam keadaan tekstur seperti jem). Kemudian baru diadun bersama doh/adunan kek atau makanan.

4. Untuk masakan 'baking' seperti kek, 'muffin', kek cawan dan lain-lain, pewarna asli tadi akan mempengaruhi tekstur kek etc, Oleh itu, pastikan untuk jenis yang lembap dan berair seperti sayuran, ditos dengan baik dan kering sebelum dicampurkan.

Sumber: Intan Nornie Sheika