Pesta membeli belah novel, buku dan majalah dengan harga serendah RM 1 di Jualan Gudang Karangkraf Akhir Tahun 2015 akan berlangsung bertempat di Pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf pada 30 Oktober sehingga 8 November 2015 (Jumaat-Ahad).

Jualan Gudang Karangkraf kali ini juga akan menawarkan pakej-pakej buku dan novel yang lebih meriah. Pengunjung dapat berpeluang untuk melengkapkan koleksi majalah kegemaran anda dengan harga yang sangat-sangat berbaloi.
 
Pengunjung akan turut berpeluang beramah mesra bersama para penulis dan novelis sepanjang karnival jualan itu.

Selain menikmati lebih diskaun, pengunjung juga disediakan dengan kemudahan parkir dan tapak jualan yang luas dan selesa. Juruwang bertugas juga ramai, jadi pengunjung tidak perlu berbaris lama semasa membuat bayaran.
 
Jualan Gudang Karangkraf akan berlangsung dari jam 9.00 pagi sehingga 7.00 malam, bertempat di Pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.

Pelbagai aktiviti, barangan eksklusif dan hadiah menarik menanti anda!
 
Sila layari media sosial Kumpulan Media Karangkraf untuk mengikuti perkembangan lanjut Jualan Gudang Karangkraf Akhir Tahun 2015!
 
Website : www.karangkraf.com                 
                                                                         
Facebook : Kumpulan Media Karangkraf       
                                                                                
Twitter : @Karangkraf
 
Instagram : Kumpulan_Media_Karangkraf

Hashtag : #JualanGudangKarangkraf dan #KumpulanMediaKarangkraf