PUTRAJAYA - Presiden Umno, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi mengharapkan agar keterangannya selesai dirakamkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

"Saya harap selesai hari ini," katanya ringkas ketika ditemui selepas proses merakamkan percakapan ditangguhkan untuk rehat dan solat Jumaat.

"Saya akan kembali semula selepas solat," katanya.

Pagi tadi, Zahid meluangkan masa lebih tiga jam untuk dirakamkan keterangan berhubung penyelewengan dana Yayasan Akalbudi.

Kehadirannya merupakan hari ketiga berturut-turut untuk kali ke lima dipanggil memberi keterangan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Zahid hadir ke SPRM hari ketiga]

[ARTIKEL BERKAITAN: Zahid Hamidi ke SPRM Putrajaya lagi esok]