Bagi peminat casting (mengilat), penggunaan kekili menegak atau baitcaster (BC) bagaikan satu fenomena masa kini. Biarpun penggunaannya agak kompleks, namun ternyata ramai yang meminati teknik casting menggunakan BC ini kerana ianya lebih ringan dan mampu menghasilkan pelbagai teknik balingan. Justeru itu, mari kita ketahui antara 5 teknik balingan BC yang popular dan sangat berkesan untuk dipraktikkan.

 

1. Overhead

Teknik yang paling biasa dan antara yang paling berguna digunakan oleh kaki casting. Kebiasaannya teknik overhead ini akan dilakukan di kawasan yang lapang dan terbuka dan bukannya di kawasan sempit.

 

2. Forehand

Teknik yang boleh dikatakan paling kurang menggunakan tenaga buat kaki casting. Ini kerana ianya tidak banyak memerlukan pergerakan tangan semasa casting. Biasanya teknik ini digunakan untuk membuat balingan jarak dekat yang diyakini menjadi kawasan permainan ikan.

 

 

3. Backhand

Teknik ini paling berguna digunakan di kawasan yang sempit dan ruang yang terhad. Teknik ini juga dikatakan paling senang dan kurang menggunakan tenaga jika dilakukan dengan betul.  

 

4. Underhand / Flip cast

Ini menjadi antara teknik yang paling berguna buat kaki casting. Pada asasnya teknik underhand ini digunakan pada kawasan yang mempunyai ruang yang terhad di hadapan pemancing. Ia boleh digunakan sama ada menaiki bot, di dalam air mahupun memancing dari land-based.

 

5. Pitching

Pitching merupakan teknik yang paling tepat dan berkesan untuk balingan jarak dekat. Teknik ini paling baik digunakan bersama single hook soft plastic. Namun, teknik ini harus digunakan secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kecelakaan.