World #QuranHour pada 9 Zulhijah 1437H, 9 pagi Seluruh Dunia.

Interaksi dengan Al-Quran: Cinta & Syukur.

Like Facebook World #QuranHour: fb.com/WorldQuranHour dan Instagram: @worldquranhour

Untuk penyertaan World #QuranHour, klik pautan berikut: tinyurl.com/WQHRegister

Muat turun aplikasi World #QuranHour di Google Play: bit.ly/2aiDPlB dan Apple Store: apple.co/2aS8PYs.

World #QuranHour Perdana di Malaysia, adalah mengikut butiran berikut:
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Kuala Lumpur, 9 Zulhijjah 1437H, 9 pagi.



Setelah #MalaysiaNgaji 24 Ramadhan lalu, kenapa World #QuranHour 9 Zulhijah?

#MalaysiaNgaji adalah pecutan 10 hari terakhir Ramadhan di bulan Al-Quran Nuzul. Semoga dengan INTERAKSI, Al-Quran masuk ke hati dan dikeluarkan menjadi karakter diri, Inshaallah.

World #QuranHour sempena perjumpaan terbesar ummah di hari Arafah, 9 Zulhijah, adalah momentum untuk mengagungkan Allah diatas segala yang lain. La ila haillallah. Tiada Tuhan melainkan Allah. Ia sebuah ajakan untuk bersama-sama memuhasabah diri:

  • Sejauh mana hubungan kita dengan Al-Quran?
  • Sejauh mana telah kita tata hidup kita dalam keluarga, di sekolah, dalam organisasi, komuniti, rakyat Malaysia dan warga dunia berlandaskan Al-Quran?
  • Beranikah, ikhlaskah kita membawa Al-Quran masuk menjadi solusi diri, keluarga, sekolah, organisasi, komuniti, negara dan dunia?
  • Bagaimana akhlakmu? Adakah ia mewakili keindahan agama cinta ini?

Haji di bulan Zulhijah ini adalah tentang 'discipline of execution'. Andai benar kita mencintai Al-Quran, buktikan cinta itu. Ia sebuah pengorbanan yang bukan sahaja di simpan di hati dan dalam berfikiran.

Berkorbanlah dengan harta dan jiwamu.
Bergeraklah. Buktikan cintamu adalah untuk persembahan tertinggimu keranaNya.
 

World #QuranHour 9 Zulhijah 9AM Around The World. Be With Us! Interact with Quran: Love & Gratitude