Keinginan seks antara lelaki dan perempuan tidak sama. Itu realitinya. Berikutan keinginan tidak setara, anda perlu sentiasa peka dan bersedia menyempurnakan apa jua hasratnya.

Sekiranya tidak berjaya, maka diri anda gagal untuk menyerlah dihadapannya. Kelak, pasti si dia akan mengelak untuk bersama. Itu yang ditakuti, bukan? Oleh itu, Maskulin senaraikan 10 keinginan seks yang boleh anda ‘langsaikan’ khas buat si dia.

 

ANGKAT DIA

Give her a lift! Ini rahsianya. Jangan terkejut sekiranya pasangan inginkan anda untuk mengangkatnya, membawanya rapat ke dinding dan serta merta menyentuhnya. Mungkin ia kedengaran agak klise, tetapi  inilah antara aksi yang diidaminya.  

Percayalah, perbuatan ini merupakan antara yang paling diminati wanita masa kini, hampir 55% mengatakan ia, menurut dari kajian survey dari laman sesawang, Vemale.com.

Oleh itu, sebelum memulakan seks, ringankan tulang anda untuk mengangkat, menyentuh dan bawa terus ke babak seterusnya – di ranjang tentunya.

 

KASARI SI DIA

Seks kasar wajar dijauhi tetapi seks lembut pula adakala membosankan. Jadi, tidak salah sekiranya anda mengasarinya sedikit, asalkan tidak mendatang sebarang kecederaan mahupun luka pada tubuh badannya.

Sekali sekala apa kata anda cuba untuk menarik keras rambutnya, mengoyakkan pakaiannya, mencekik lehernya mahupun menggengam betisnya.

Tunjukkan kekuasaan anda melalui sikap rakus terhadap dirinya. Nescayalah, this is a major turn-on for the ladies!  

 

TURN ON THE ROMANCE

Bersikap romantis ketika di awal permulaan cinta dan ketika berada di atas ranjang bersamanya adalah dua perkara yang berbeza, tapi motifnya sama – to win her over!

Oleh itu, jangan sesekali anda mengendahkan akan kepentingan bersikap romantis ketika seks. Memakai bau-bauan, meletakkan  kelopak bunga di atas katil, mahupun membakar lilin aroma di setiap penjuru bilik. Siapa yang tidak tertawan bukan? Oleh itu, boleh amalkan.

TANGGALKAN BAJUNYA..PERLAHAN-LAHAN

Seks tidak semesti perlu disegerakan. Seperti diketahui, sex is not a timeline. Tiada garis masa untuk menyudahkannya. Oleh itu, jangan terlalu ikutkan kemahuan. Yang penting, ambil masa anda.

Tindakan membuka baju sendiri dan pasangan antara babak paling seksi ketika seks. Yang pasti, wanita tidak ingin bajunya dilucutkan terus dari badannya tanpa adanya foreplay mahupun seks oral.

Lelaki perlu amalkan untuk membuka satu persatu pakaiannya perlahan-lahan. Jangan gopoh ikutkan nafsu ya. Biarkan si dia tahu yang anda sedang menikmati momen seks ketika itu.

 

PENUHI FANTASINYA

Sex fantasy is a guilty pleasure. Adakala ia boleh mewujudkan dilema, tetapi hasilnya pasti mengujakan. Sebenarnya, wanita terbuka untuk ruang bermain fantasi, tetapi ia perlulah bermula dengan anda terlebih dahulu.

Tanyakan pada si dia, jika dia berminat untuk anda membawa watak tertentu sebelum bermulanya seks. Tidak kisahlah apa jua karekter, ia mampu mewujudkan pengalaman baru dalam rutin seks anda.

Tip patut ikut - Jangan takut untuk kelihatan kelakar di hadapannya, tetapi perlu mainkan karekter yang diberi sehabis baik, tetapi janganlah sampai anda  tertekan pula. There is no best actor award for this!

 

LELAHKAN DIA

Sex can be an adrenaline rush for some people. It’s chaotic, but it’s magical. Ini adalah bingkisan kata-kata dari pakar terapi seks terkenal Laura Berman, Ph.D. Seks yang mendatar tanpa didorong oleh aksi kasar dan memberahikan sewajarnya dielakkan. Oleh itu, lelaki perlu berbuka untuk melelahkannya – iaitu mengasarinya dengan penuh etika, di samping menawarkan ‘sesuatu’ untuk diusahakannya. Biarkan si dia kepenatan, asalkan seks anda berdua berakhir dengan satu kepuasan.

PIMPIN DIRINYA

Do not sitting there and do nothing!. Berdasarkan oleh penyelidik seks Universiti Indiana, Debby Herbenick, wanita tergilakan seorang lelaki di ranjang yang bersedia untuk ambil alih (take charge) dalam setiap aksi dalam perjalanan seks tersebut.

Wanita sebenarnya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang arahan, asalkan ia bersesuaian dan boleh diterima. Arahan tidak semestinya dengan kata berjela, cukup sekadar aksi spontan dengan bantuan sedikit upaya.

 

MANISAN? KENAPA TIDAK?

Jika dilihat dalam mana-mana filem romantis sekalipun, pastinya babak seks diselangi dengan kehadiran manisan dalam mewarnai babak perhubungan. Mudah, ambil ilham dari babak tersebut dan lakonan semula.

Bawa masuk manisan seperti coklat, strawberi, susu manis, madu dan apa saja yang bersesuaian. Selain dihalakan ke mulut, tidak salah untuk anda bermain dengan ‘prop’ ini.

Pandai-pandailah anda untuk meletakkannya di mana-mana sudut tubuhnya, dan mulalah beraksi. Pasti hangat bukan? Jangan pula anda bawa masuk sekali daging stik mahupun nasi goreng pula!

 

GELETEK

Kata orang-orang tua, geletek-geletek manja. Sentuhan ringan seperti geletek ‘tickle’, cuit ‘squeak’ mahupun cubit ‘pinch’, merupakan sentuhan ‘ajaib’ yang boleh anda usahakan. Wanita sebenarnya tidak mahu perjalanan seks mereka terus di pertengahan mahupun klimaks.

Mereka lebih suka lelaki untuk melayani mereka seperti ‘bayi’ yang ingin dibelai dan dimanja. Selain menggunakan jari jemari, geletek menggunakan bulu ayam (feather) boleh memberahikan dan memberikan impak ‘elektrik’ ke atas kulit lembut mereka. Cubalah.

 

TERUS MENCIUM, JANGAN HENTI!

Jangan abaikan kuasa ciuman yang sebenarnya antara keinginan seks yang paling wanita idamkan. Namun, berdasarkan kajian survei seks yang dijalani responden oleh Universiti California melalui penyelidikan Family and Sex Studies In Comparison Views ada menyatakan, lelaki gagal untuk mengetahui bahawa ciuman lama dari mulut ke mulut (termasuk menggunakan bibir) adalah sesuatu yang digilai wanita.

Mereka ingat ciuman hanya berkuasa sementara. Itu silap! Oleh itu, teruskan mencium dan mencium dirinya. Biarkan hela nafas jadi penghubung dan penutup.