Versi produksi Toyota CH-R pertama kali didedahkan pada Geneva Motor Show 2016. Versi pengeluaran SUV (kenderaan utiliti sport) kompak itu bermula pada November 2016 dan dilancarkan di Jepun pada Disember tahun lalu.



Kemudian model SUV berkenaan secara berperingkat memasuki pasaran automotif global. Pasaran Eropah dan Amerika Utara mula menerima CH-R pada awal tahun ini. Bahkan, beberapa pemerhati automotif menjangkakan CH-R akan dipasarkan ke Asia pada tahun ini juga. Tetapi sedikit lewat.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.673520.1494570563!/image/image.jpg



Tidak ketinggalan, Malaysia juga akan menerima model CH-R. Pihak UMW Toyota Motor memberitahu model tersebut secara rasmi akan berada di pasaran tempatan pada penghujung tahun ini. Masa yang tepat masih belum diketahui.



Difahamkan, UMW Toyota Motor merancang membawa masuk CH-R  1.8 liter ke pasaran tempatan. Kemungkinan hanya satu varian sahaja ditawarkan. Sebagai permulaan, pihak UMW Toyota Motor akan memperkenalkan model import (CBU) dari Jepun. Versi pemasangan tempatan (CKD) akan menyusul kemudian di kemudahan terbaru UMW Toyota Motor di Bukit Raja, Klang.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.673529.1494571166!/image/image.jpg

 

Apabila disoal tentang perincian spesifikasi, sumber memberitahu pihaknya masih lagi dalam proses perbincangan. Untuk makluman pembaca, CH-R bakal dipertontonkan kepada umum esok (Sabtu) di Setia City Convention Centre, Shah Alam. Model yang akan dipamerkan itu merupakan versi 1.2 liter.



Dari segi jana kuasa, pesaing kepada model Honda HR-V dan Nissan Juke itu ditawarkan dengan empat pilihan enjin bagi memenuhi keperluan dan keinginan pengguna yang pelbagai. Di Jepun, CH-R dijana oleh enjin 1.2 liter VVT-i (petrol) dan 1.8 liter petrol hibrid.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.673522.1494570702!/image/image.jpg



Manakala pasaran Amerika Syarikat didatangkan dengan pilihan enjin 2.0 liter DOHC 4-silinder. Indonesia pula memilih enjin 1.5 liter iaitu jana kuasa sama yang digunakan pada model Sienta dan Vios.  Versi pengeluaran CH-R di Indonesia akan dipamerkan pada Gaikindo Indonesia International Auto Show pada Ogos depan.


Bagi menyambut ketibaan model Toyota CH-R ke pasaran Malaysia esok, di sini penulis senaraikan sembilan perkara yang perlu anda ketahui tentang CH-R:

1) CH-R berkongsi struktur bawah badannya dengan model Toyota Prius baharu.


2) CH-R bermaksud Coupe-High Riding.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.673531.1494571262!/image/image.jpg


3) Desain badan CH-R tampak lebih besar dan kabinnya kelihatan luas. Ini kerana model SUV berkenaan memiliki dimensi panjang 4, 360mm, lebar (1, 795mm) dan tinggi (1, 550mm) serta jarak roda 2, 640mm.


4) Di Jepun, CH-R didatangkan dengan empat pilihan varian iaitu varian G, GT, S dan ST. Dua pacuan ditawarkan iaitu 2WD dan 4WD.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.673523.1494570787!/image/image.png


5) Enjin 1.8 liter + hibrid menghasilkan kuasa 72kW + 53kW (motor) dan tork 142Nm + 163Nm (motor) yang dipadankan dengan transmisi CVT elektrik.


7) Enjin 1.2 liter pula menghasilkan kuasa 85kW dan tork 185Nm bersama gabungan transmisi Super CVT-i.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.673534.1494571336!/image/image.jpg


8) Enjin 2.0 liter DOHC menghamburkan kuasa 144hp dan tork 188Nm. Di Amerika Syarikat model itu dipadankan dengan transmisi CVT bersama mod pintar dan shift (CVTi-S).


9) Di Jepun ditawarkan dengan kit TRS Extreme Style antaranya spoiler depan, spoiler but belakang berwarna hitam, rim aluminium 18 inci “TRD TF 6” bersama set nat, madgad TRD dan 'over fender' berwarna hitam.