Stres gila rasanya bila tengok cermin kereta mempunyai kesan retak dek kerana terkena batu-batu kecil yang dibawa oleh lori di hadapan kereta  jatuh berderai ketika kita sedang asyik memandu di atas jalan raya.

 

Mana tidaknya, selain pening memikirkan wang yang bakal terbang untuk membaiki keretakan tersebut, cermin kereta yang retak juga boleh menyebabkan penglihatan terganggu semasa memandu. Nak tak nak, cermin yang retak tu harus dibaiki juga.

 

Relaks, jangan panik.

 

 

Sekiranya berlaku situasi seperti ini, ramai yang mengambil keputusan untuk membeli cermin kereta baru kerana tidak mahu kereta tampak hodoh dan mengganggu keselamatan korang.

 

Nanti dulu, jangan cepat gelabah. Kalau korang nak tahu, masih ramai yang tak tahu ada cara lain yang boleh dibuat tanpa mengeluarkan wang yang banyak untuk menukar cermin kereta tersebut.

 

Tak perlu beli cermin baru atau membuat claim insurans, korang boleh cuba menggunakan windshield repair kit dengan harga yang dibeli serendah RM20 untuk merawat keretakan kecil pada cermin kereta tersebut.

 

 

Cara nak menggunakannya pun bukan susah sangat. Kami akan share kan untuk korang sebuah video tutorial yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

 

Bukan hanya mudah, malah ia tidak langsung memakan masa yang lama untuk menyiapkannya.

 

Jom tonton video tutorial berikut dan patuhi setiap langkah yang dilakukan dengan betul. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati di kedai-kedai hardware dengan harga yang sangat murah.

 

Selamat mencuba!