Kerjaya chef yang sinonim dengan lelaki lembut kini sudah tidak releven. Jangan terkejut apabila lelaki macho hari ini sudah mendapat tempat yang selesa demi cita-cita, minat, bakat dan masa depan di dapur. Senarai selebriti chef di bawah mungkin boleh dijadikan idola untuk anda yang mempunyai cita-cita sebagai tukang masak.

 

Gordon James Ramsay

Chef yang berusia 47 tahun ini berasal dari Amerika sememangnya terkenal sebagai chef yang garang menerusi siri “Hell's Kitchen”. Sikapnya yang mengadili masakan tukang masak dengan sikap kasar dan terbuka menjadikannya sebagai seorang chef yang popular di kaca televisyen. Siri “Hell's Kitchen” yang berjaya menaikkan namanya telah membuatkan Gordon menerima banyak anugerah dan chef yang paling berpengaruh setakat ini.

 

Jamie Oliver

Jejaka yang sering diajuk cara percakapan oleh peminatnya ini merupakan satu-satunya chef Inggeris yang paling muda di kalangan selebriti chef dunia. Dilahirkan pada tahun 1975 di England, dia tidak pernah menyangka akan menjadi media figure dan kegilaan ramai ekoran cara dan ideanya bekerja. Jamie yang terkenal dengan masakan Itali, makanan segar dan membantah makanan proses ini berjaya memikat orang ramai untuk beralih ke makanan berkhasiat. Jamie telah dua kali dicalonkan sebagai chef paling berpengaruh untuk industri hospitaliti England.

 

Emiril John Lagesse

Selain sangat popular dengan rancangan “Emerile Live” dan “Essence of Emirile”, Emiril juga seorang penulis untuk beberapa buah buku masakan yang tersohor. Emiril menjalankan banyak rangkaian restoran yang menyediakan hidangan terbaik untuk orang ramai. Hidupnya yang sibuk bukan saja merangkumi kerja-kerja di restoran tetapi juga muncul di kaca TV, di media cetak malah mempunyai beberapa rangkaian produk jenamanya sendiri. Pada tahun ini saja, dia sudah dianugerahkan Humanitarian of the Year.

 

Anthony Bourdain

Lelaki ini sangat popular di kalangan orang sekeliling dan media kerana keberaniannya melakukan apa saja yang dia mahu cuba. Anthony mula terkenal dengan 2000 buku “Kitchen Confidential:Adventures in the Culinary Underbelly” dan sebagai pengacara program Travel Channel iaitu “Anthony Bourdain: No Reservations” dan “Layover”. Populariti Anthony menerusi penulisan menyebabkan dia sering muncul untuk kolum suratkhabar dan majalah. Penulisannya berjaya mengubah fikiran masyarakat tentang dunia kulinari.

 

Todd English

Todd dikatakan chef yang mempunyai paras rupa yang kacak di kalangan chef di Amerika. Dia mula dikenali menerusi restorannya, Olives, yang terletak di Boston dan Las Vegas. Todd memiliki satu rancangan masakan yang dihos olehnya iaitu “Food Trip with Todd English”. Dia juga merupakan chef yang bertanggungjawab untuk penerbangan Delta. Menariknya, Todd pernah tersenarai di dalam selebriti Forbes 100!

 

Ada ramai lagi chef-chef lelaki yang terkenal dalam dunia masakan. Jika anda seorang penonton setia rancangan “Asian Food Channel (AFC)” dan “Food Network Asia”, anda pasti mengenali lebih ramai chef lelaki. Kesemuanya cukup berjaya. Mana tahu satu hari nanti, nama anda juga terpanggil mempunyai rancangan sendiri. Nothing is impossible dan chef adalah kerjaya yang maskulin.