Jika wanita gemarkan alat solek dan memilih hari hujung minggu sebagai hari paling sesuai untuk membeli-belah, anda pun boleh buat yang serupa. Membeli jam tangan baru mungkin? Namun sebelum anda melangkah membawa cita-cita ini, ada beberapa helah membeli jam tangan yang perlu anda tahu. Juga fakta menarik mengenai jam yang selama ini dirahsiakan...

 

GAYA HIDUP

Sekiranya rutin harian anda lebih kepada business casual, maka jam tangan kasual sesuai untuk anda. Namun, jika anda seorang eksekutif yang kerap menghadiri majlis-majlis maka  dress watch pilihan anda.

 

KEWANGAN

Sebelum mahu membeli jam, pastikan anda mempunyai bajet yang mencungkupi. Jumlah wang penting untuk menentukan sama ada anda boleh membeli jam yang berjenama besar atau sebaliknya.

 

KRITERIA

Kenali kriteria jam yang anda inginkan. Adakah anda tercari-cari jam analog atau jam digital? Adakah anda memerlukan tarikh dan jam loceng? Memilih jam bukan sekadar melihat pada jenama dan harga saja tetapi beberapa faktor lain.

 

JENAMA

Jika anda sudah memikirkan jenama, ia memudahkan masa pencarian di gedung beli belah jam nanti. Namun, jika anda tidak mempunyai idea untuk memilih jenama apa yang digemari, rujuk majalah dan Internet untuk perkembangan jenama terkini.

 

BATERI

Adalah penting untuk mengetahui jangka hayat jam yang mahu dibeli. Biasanya jam tahan lama boleh membantu anda lebih berjimat kerana anda tidak perlu membeli banyak jam setiap kali rosak. Misalnya, jam yang banyak dijual di pasar malam cepat kehabisan bateri dan akan membuatkan anda kerap membeli jam lagi.

 

KUALITI

Jam tiruan yang kononnya terdiri dari jam berjenama semakin banyak terjual di kedai-kedai dan pasaraya. Sebaiknya, anda perlu membeli di syarikat atau pengedar yang mempunyai nama yang baik. Jika anda mampu, adalah lebih baik anda memilih satu jam yang terkenal.

 

10 FAKTA MENARIK MENGENAI JAM

1. Pada zaman dulu kala, alat untuk mengetahui masa telah pun wujud oleh orang Mesir sekitar 1500 tahun dulu yang dikenali sebagai Sundials, iaitu satu bayang-bayang yang jatuh merentasi satu kawasan.

 

2. Jam telah wujud semasa pemerintahan Tudor pada abad ke-16. Bagaimanapun, jam ketika itu sangat besar dan mereka memakainya di leher. Manakala jam poket paling terkenal seperti yang kelihatan pada potret Raja Henry VIIII.

 

3. Jam Omega Speedmaster merupakan jam yang telah digunakan oleh kedua-dua angkasawan-angkasawan Amerika dan Rusia ketika misi ke bulan pada tahun 1975.

 

4. Jam breitling merupakan jam popular di kalangan selebriti Hollywood dan usahawan berjaya seperti Sir Richard Branson dan Sir Alan Sugar. Daniel Draig memakai jam Omega untuk filem James Bond, Sean Connery memakai Rolex untuk filem James Bond manakala Matt Damon mengenakan jam TAG Heuer untuk filem Bourne Ultimatum.

 

5. Warna hitam merupakan warna jam yang paling banyak digunakan serta dipilih sepanjang hayat.

 

6. Kebanyakan jam yang dijual akan menunjukkan jam 10:00 kerana memberi gambaran Happy Time atau muka senyum.