Rata-rata pemandu di KL lebih memilih untuk memandu kereta automatik kerana kesesakan lalu lintas yang kronik menyebabkan mereka lebih senang untuk memandu jenis kenderaan ini.

 

Kereta auto lebih mudah diselenggarakan kerana anda tidak perlu menukar gear seperti yang dilakukan pada kereta manual.

 

Namun, masih ramai yang terlepas pandang tentang beberapa perkara untuk menjaga kereta auto ini.

 

Walaupun dah diajar cara penjagaan kereta semasa di dalam kelas memandu, biasalah ada yang acuh tak acuh dan

 

Nak kereta anda tahan lama dan sentiasa power? Jom ikut 5 kesilapan yang sering dilakukan oleh pemandu langkah ini dalam memastikan kereta jenis auto sentiasa berada dalam kondisi yang baik.

 

1.    Turun bukit dengan gear ‘N’

 

 

Anda mungkin berfikir ia dapat menjimatkan minyak kerana enjin tidak bergerak dengan banyak ketika ingin menuruni bukit.

 

Namun, perlu anda tahu bahawa, tanpa meneutralkan gear sekali pun, pada ketika itu kereta memang sudah dalam mode mengurangkan penggunaan minyak. Jadi, tidak ada gunanya jika anda menetapkannya kepada gear 'N'.

 

2.    Memecut guna gear ‘N’

 

 

Dek kerana feeling-feeling dalam filem Fast & Furious, ramai pemandu yang memecut laju bak seorang pelumba drag dalam posisi kereta berhenti atau sedang dalam gear ‘N’. Enjin dilajukan (rev) sehingga meter RPM mencanak naik sebelum memasukkan gear ‘D’ bagi mendapatkan ekstra kuasa pecutan.

 

Dalam situasi ini, anda sedang meletakkan tekanan ke atas gelung transmisi dan jika konsisten memecut dengan cara ini, bersedialah untuk menghantar kereta ke bengkel.

 

Teknik selamat, sepatutnya biar saja kereta dalam gear ‘D’. Letakkan satu kaki pada brek, manakala satu kaki lagi memijak pedal minyak. Jangan ambil masa terlalu lama kerana kepanasan yang dibina juga mampu merosakkan transmisi.

 

3.    Gear ‘N’ semasa berhenti di traffic light

 

 

Ramai yang menganggap bila menggunakan gear ‘D’, kereta akan menggunakan lebih minyak. Namun, jika memandu kereta auto, tidak perlu untuk menukar gear ‘N’ ketika berhenti di traffic light atau ketika jalan jammed. Proses pertukaran gear D-N-D yang kerap boleh menyebabkan transmisi haus.

 

Malah, berhenti dalam gear ‘D’ dengan membrek secara normal tanpa memijak pedal minyak tidak akan merosakkan transmisi kereta anda.

 

4.    Tukar gear ‘P’ sebelum berhenti

 

 

Nak cepat sangat sampaikan kereta belum betul-betul berhenti tapi anda dah tukar gear kepada ‘P’. Ini boleh menyebabkan tuas parkir (parking pawl) bertindak seakan brek dan boleh memusnahkan semua proses.

 

Tabiat buruk ini perlu dihakis segera dan anda hanya perlu mematikan enjin kenderaan dan tekan brek perlahan-lahan. Cara ini dapat memberikan hasil yang sama tanpa merosakkan sistem transmisi.

 

5.    Tidak berhenti sepenuhnya sebelum tukar gear

 

 

Sama seperti alasan di atas, kerana terlalu gopoh dan nak cepat, anda terus menukar gear ‘R’ kepada ‘D’, atau sebaliknya tanpa menunggu kereta berhenti terlebih dahulu.

 

Setiap kali menukar gear, pengapit gelung transmisi (transmission band clamp) akan berada pada gear, tetapi jika tidak berhenti sepenuhnya, gelung transmisi tersebut yang akan menghentikan kereta.

 

Jadi, kalau tak mahu kereta anda bermasalah di kemudian hari, jangan lakukan lima perkara-perkara yang telah kami kongsi kan ini.

 

Tak salah berhati-hati daripada duit melayang ke bengkel kan?

 

 

Sumber: pandulaju.com.my & goodyfeed.com