Jika motosikal cafe racer dan retro menarik perhatian anda, mungkin boleh mempertimbangkan model Skyteam Ace 125 Cafe Racer. Ini kerana model tersebut sudah tiba ke pasaran tempatan dibawakan oleh Sky Team (M) Sdn Bhd. Pengedar rasmi jenama Sky Team di Malaysia itu sudah lama bertapak sejak 2012. Namun, tidak ramai yang mengetahui kewujudan jenama tersebut di pasaran tempatan.



Sekali imbas Ace 125 Cafe Racer mirip model Honda RC110 cafe racer sekitar 1960-an. Ketika majlis pelancaran, penulis berpeluang mencuba model tersebut. Sebuah motosikal buat mereka yang baru ingin berjinak dengan dunia dua roda, penunggang wanita dan tidak ketinggalan buat golongan lelaki yang sedang mencari jentera retro.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.673606.1494574820!/image/image.jpg



Berikut ialah tujuh perkara utama perlu anda ketahui tentang Skyteam Ace 125 Cafe Racer:



1) Skyteam Ace 125 Cafe Racer dijana enjin 124.11cc iaitu nadi sama digunakan pada model Honda CG 125. Enjin tersebut menerima kemas kini untuk disesuaikan dengan jentera.



2) Enjin menggunakan sistem karburetor itu mampu menghasilkan kuasa 11hp pada 8, 500rpm dan tork 8.5Nm (7, 500rpm) dan dipadankan dengan transmisi 5-kelajuan.


http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.673608.1494574887!/image/image.jpg


3) Cafe Racer berkenaan hanya seberat 87kg dengan kelajuan maksimum 110km/j sahaja.



4) Badannya yang kurus dan bentuk tangki yang panjang menyumbang kepada posisi tunggangan yang sedikit ke belakang. Bahagian pemijak kaki juga agak jauh ke belakang.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.673609.1494574946!/image/image.jpg



5) Suspensi fork teleskopik di depan dan penyerap hentak berkembar di belakang menyumbang kepada keselesaan tunggangan santai.



6) Untuk menghentikan model China itu, Sky Team memilih brek cakera di depan dan brek dram di bahagian belakang.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.673610.1494575036!/image/image.jpg


7) Dipadankan dengan  rim bersaiz 18 inci bersama tayar 2.74 inci di depan dan 3.0 inci di belakang.



Sudah pun berada di pasaran tempatan, Sky Team Ace 125 Cafe Racer berharga RM7, 366.78 seunit (termasuk GST, insurans dan pendaftaran). Bagi mereka yang membeli Skyteam Ace 125 Cafe Racer akan menerima satu lagi tempat duduk tunggal. Untuk ketenangan minda pemilik, cafe racer tersebut didatangkan dengan waranti setahun atau 10, 000km (yang mana tiba dahulu)