Seluruh dunia mula mengalih perhatian kepada Presiden Filipina, Rodrigo Duterte selepas beliau mengucapkan 'Go to hell' (pergi ke neraka) kepada Presiden Barrack Obama dan mendakwa pernah membuang seseorang dari helikopter.

Disebabkan kenyataan yang dibuat itu, Duterte telah mendapat sebanyak 5% daripada undian 'ya' dalam undian tahunan yang dibuat oleh Majalah Time (Time Magazine).

Pemimpin berusia 72 tahun pada mulanya telah mengisytiharkan perang terhadap dadah jika beliau dilantik menjadi Presiden Filipina pada tahun lepas.

Selepas perlantikan beliau menjadi Presiden, lebih daripada 8,000 orang telah mati akibat perangi dadah. Rodrigo Duterte mla mengambil alih jawatan Presiden pada bulan Jun 2016, menurut Time.

Perjuangannya memerangi dadah telah mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak termasuk Naib Presiden Filipina, 'Leni Robredo.

 

 

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, Pope Francis, Bill Gates dan Mark Zuckerberg merupakan calon terdekat Duterte dalam kaji selidik Time 100, semua calon yang disebut telah mendapat sebanyak 3% daripada jumlah undi.

Selain dariapda itu, Senator Bernie Sanders telah memenangi 'suara pembaca' (reader poll) pada tahun 2016 dan Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menjadi calon paling berpengaruh pada tahun 2015 menurut majalah itu.

Secara rasminya, senarai 100 teratas telah menampilkan pelbagai artis popular, ahli politik, ahli parlimen, ahli-ahli sains, teknologi dan perniagaan disruptors yang disusun oleh editor majalah itu dan akan diumumkan pada 20 April ini.

Pada bulan Disember 2016, Duterte juga telah disenaraikan sebagai salah satu orang paling berkuasa di Majalah Forbes, yang menjadikan kedudukan beliau di tangga ke 70, menurut Star Filipina.

Sumber: Nextshark.com